CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 18 Ogos 2012

Hadiah @ Goodies to My Sweet Childrens

Salam 1 Malaysia,

             Sempena hendak menyambut lebaran..murid-murid diberi cenderahati @ goodies. Goodies itu disediakan adalah kerana sepanjang bulan Ramadhan murid-murid tidak diberi makan.. kerana mereka diajar untuk menghormati bulan Ramadhan. Alhamdulillah sepanjang mereka berpuasa tiada sebarang masalah yang timbul, masing-masing boleh memberi komitmen dan tanggungjawab dalam berpuasa walaupun ada dikalangan mereka yang berpuasa hanya sekerat hari..tapi takpe itu sebagai latihan untuk mereka belajar berpuasa..Goodies ini sebagai inisiatif guru untuk menghargai dan hadiah kepada murid yang telah berjaya berpuasa. Goodies itu telah disampaikan oleh Guru Besar iaitu Pn. Hajah Norma Ahmad dan Ustazah mereka iaitu Pn. Noor Hafizah Md. Razi..












Cerianya mereka bila mendapat goodies tu..Selamat Bercuti dan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kamu semua berhati-hati dan come back to school after Eid in one piece ok...


Kad Raya Ketupat & Pelita

Salam 1 Malaysia,

             Ada satu lagi aktiviti sebelum cuti sekolah bermula, aktiviti membuat kad hari raya..al-maklumlah hari raya sudah hampir tiba.. Lembaran kad raya ni saya lukis pada kertas A4 dan jadikan bentuk pelita dan ketupat. Mereka membuat kolaj bagi menghasilkan kad raya kreatif. Pada awalnya hendak ajar mereka membuat quiling dengan menggunakan kertas warna yang telah siap saya gunting..namun bila memikirkan masa tidak mencukupi saya mengarahkan murid membuat aktiviti kolaj. Menarik juga bila dilihat pada hasilnya..

Tadaaaa.....inilah hasil kerja tangan mereka..cantikkan...( ^_^ )_v!!!!

Ini hasil kerja murid yang terbaik oleh adik Noor Balqis Natrisya


Sampul Duit Raya

Salam 1 Malaysia,

             Today is last puasa..baru ada kesempatan nak upload picture & aktiviti yang tekah dijalankan sebelum cuti sekolah sempena Hari Raya. Nak share aktiviti buat sampul raya..sampul raya tu dapat dari Cikgu Dayat Shahid..copy dan fotostat untuk murid warnakan..

Hasil kerja murid..tahniah..

hasil yang terbaik oleh adik Nurkaisah - front page

back page

hasil dari guru untuk BBM -front page

back page

hasil dari PPM - front page

back page

Tahniah kepada semua muridku yang telah berjaya menghasilkan sampul duit raya itu...



Khamis, 9 Ogos 2012

Fruits of the Spirit Basket

Salam 1 Malaysia,

             Semalam murid membuat aktiviti kraft kreatif lagi. Murid-murid telah menampal buah-buahan di dalam bakul yang telah diberi pada murid dalam bentuk lembaran gambar. Aktiviti ini murid jalankan dalam kumpulan setipa kumpulan ada 3 orang. Sebabnya ada 3 lembaran gambar yang perlu di warna dan digunting. Di sini saya cuba memasukan lembaran gambar yang perlu diwarnakan oleh murid-murid  dan hasil yang berjaya mereka buat.

Lembaran 1

Lembaran 2

Lembaran 3

Hasil kumpulan 1: Mohd. Fadzrul, Nur Suffanah & Mohd. Afif Zufayri

Hasil kumpulan 2: Jebat Iskandar, Nur Kaisah & Intan Nur Raihana

Hasil Kumpulan 3 : Affan Hanafi, Afif Aiman & Nurul Mazarina

Hasil Kumpulan 4 : Qalam Hamidi, Tuah Putra Hakimi & Noor Balqis

Ini hasil kerja yang telah disiapkan oleh guru sebagai contoh pada murid.

Murid dalam kumpulan dan hasil kerja mereka.

Big Tree

Salam 1 Malaysia,

             Minggu ini murid belajar tema tumbuhan-tumbuhan. Aktiviti kraft kali ini ada kaitan dengan quiling. So budak seronok sangat masa hendak buat aktiviti itu. Murid-murid di beri 2 helaian lembaran gambar. Murid-murid dikehendaki gunting dan tampal kertas warna hijau muda dan hijau tua untuk dijadikan daun pokok dengan menggulung helaian kertas warna yang digunting dan inilah hasilnya..


Ini lembaran gambar yang perlu murid warna dan gunting

Ini lembaran gambar tuk daun pokok. Hanya gunting dan tampal di batang pokok atas.

Dan inilah hasil yang murid telah buat..


Ini hasil daripada Nur Kaisah Khairina

Ini hasil kerja Aiman dia tersalah tampal bentuk daun pokok itu..tapi walaupun terbalik hasilnya menarik juga..

Dan ini  hasil kerja oleh Intan Nur Raihana yang cantik dan kemas. Tahniah semua...

Ahad, 5 Ogos 2012

Penanda Buku ( Quiling )

Salam 1 Malaysia,
     
             Ini salah satu hobi baru kraft yang saya suka buat..sudah jadi kemaruk pula. tapi walauapapun saya seronok. Kebetulan di dalam kelas prasekolah ada banyak helaian kertas warna yang tak terpakai..dalam erti kata yang dah tak guna, lebihan daripada menggunting bbm. Lebihan kertas warna tu saya cuba jadikan bahan kraft kreatif seperti quiling. Ini pun saya belajar dari laman youtube menggunakan sikat rambut eheheh..tapi hasilnya sangat cantik dan menarik.








inilah hasilnya kraft yang di atas saya jadikan sebagai penanda buku. Guna tangan dan sikat rambut je..dan gambar yang last ni..hasil yang hampir saya nak siapkan gunakan kertas warna merah jambu gulung2 jadikan bunga rose..camna kawan-kawan ok tak?, kawan-kawan pun boleh mencuba..

Lawatan Penanda Aras Di SK Palong 1

Salam 1 Malaysia,

           Akhirnya dapat juga buat lawatan penanda aras di SK Palong 1, yang telah lama kami rancang bersama dengan guru besar sejak dari tahun lepas. Kebetulan pada masa yang sama sekolah saya masuk dicalonkan untuk masuk bertanding dalam APT ( Anugerah Prasekolah Terbilang) dalam kategori 3K. SK Palong iaitu prasekolahnya telah menjadi Johan dalam pertandingan tersebut pada tahun 2010. Sebelum ini prasekolahnya juga banyak menempa kejayaan dan anugerah  APT dalam pelbagai kategori dari tahun 2009 sehingga tahun 2010.

           Objektif lawatan tersebut adalah sebagai panduan dan rujukan pada kami sebagai guru untuk menambahbaik apa yang telah ada dan wujud di prasekolah dan sekolah. Selain dari itu, ia sebagai pembakar semangat kepada kami untuk berusaha lebih gigih lagi dalam 3K, seterusnya dapat mewujudkan suasana bermakna semasa bermain di dalam penjanaan minda kanak-kanak.

           Di sini terdapat gambar-gambar yang kami snap semasa lawatan tersebut.
Pondok bacaan dalam kelas..

kawasan luar kelas..ini adalah sebahagian sahaja
Ruang rehat
tepi bahagian ruang makan, mural ini dilukis dan diwarnakan oleh PPM SK Palong 1..Pn. Suzilah

alat bantu mengajar dalam kelas..














Anugerah yang telah diterima...







sebenarnya ada banyak lagi gambar yang kami snap..tapi ini sahaja yang dapat saya upload..menunggu buffer dia berpusing-pusing lama sangat. Gambar yang saya masukkan ini pun hampir 2 hari.. walauapapun ini sahaja yang dapat saya kongsi...terima kasih