CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 21 Jun 2013

Lembaran Mewarna Haiwan

Salam 1 Malaysia,

              Kongsi lagi bahan yang baru saja saya jumpa untuk tema haiwan. Lembaran ini saya download dari sebuah laman web pendidikan luar negara. Saya hanya  menaip bahan 'printable  A-Z Zoo Animal Coloring Pages' di http://welovebeingmoms.blogspot.com. Ok, sini saya akan kongsikannya pada rakan-rakan guru. Sekiranya rakan-rakan sudi terus saja klik pada image dan save image di bawah..
 










 

 
Ini saja yang sempat saya download untuk petang ni, selebihnya rakan-rakan boleh terus klik di laman yang telah saya kongsikan pada semua. Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda setelah anda download bahan ini ye..sekian terima kasih^^
 
 

Pakaian Ballerina

Salam 1 Malaysia,


              Ingin kongsi bahan yang saya jumpa di laman web pendidikan membuat  pakaian penari ballet. Teruja sangat nak buat..akhirnya jadi juga hasilkan kraf pakaian penari ballet.


ini hasil guru prasekolah untuk percubaan pertama

ini hasil guru semasa membuat bersama dengan murid

tahniah anak murid yang Berjaya menghasilkan pakaian penari ballet

 
Sini saya ingin kongsikan lembaran pakaian penari ballet yang saya jumpa di laman web pendidikan luar negara..

 
saya gunakan kertas warna warni yang dulu-dulu tu, saya pun dah lupa apa nama kertas tu.. kertas tu lembut sikit, so saya ajar anak murid melipat skirt itu seperti membuat kipas kertas, kemudian ambil gam sapu di bahagian pinggang baju tersebut dan tampal..hasilnya seperti gambar yang tertera di atas.
 
Sekiranya, rakan-rakan sudi bolehlah klik dan save gambar lembaran di atas. Oh ya sekiranya tiada kertas warna seperti di atas boleh gunakan tisu muka pun tidak apa..tapi hati-hati semasa ingin melipatnya kerana mudah terkoyak.. selamat mencuba ^^



Khamis, 20 Jun 2013

Printable Crafts Activity

Salam 1 Malaysia,



             Hari ini ingin kongsi bahan lembaran kraf menarik dari laman pendidikan iaitu http://learncreatelove.com/. Ada beberapa lembaran kraf yang menarik yang telah saya download dari laman tersebut. Ini adalah sebahagiannya, sebenarnya ada banyak..tapi ini saja yang sempat saya download. Pada rakan guru yang berminat bolehlah download terus dengan klik pada perkataan yang saya letakkan dalam entri ini. Saya harap dengan perkongsian bahan ini dapat membantu rakan guru dalam menjalankan aktiviti di prasekolah. Sudi-sudikanlah download ye..



Oh ya pada rakan-rakan yang sudi download bahan-bahan ini bolehlah tinggalkan jejak anda ok.. Sekian terima kasih ^^..

Fireman Craft

Salam 1 Malaysia,

             Aktiviti pada minggu lepas iaitu tema pakaian. Aktiviti membuat kraf pakaian ahli bomba. Terlebih dahulu murid diperkenalkan dengan pakaian-pakaian seragam, dan salah satunya adalah pakaian ahli bomba ketika memadam api kebakaran. Dalam aktiviti ini juga, mereka dapat mengecam dan mengenalpasti kedudukan setiap bahagian anggota badan dan menampalnya dengan betul. Selain itu aktiviti Sains dan Teknologi iaitu dalam matematik konsep ruang. Di bawah adalah hasil kraf yang berjaya mereka laksanakan. Jika rakan-rakan ingin helaian lembaran kraf ahli bomba itu,  rakan-rakan boleh terus melayari di laman web pendidikan iaitu: http://learncreatelove.com/ dengan menaip printable of fire fighter craft. Cubalah, sudah tentu kanak-kanak gembira dengan aktiviti ini. 

               Oh ya, selain aktiviti ini, di laman web tersebut ada banyak lembaran kraf yang menarik dan sememangnya percuma, dan boleh download terus. Kraf tersebut boleh membina daya kreativiti kanak-kanak prasekolah. Selamat melayari laman web tersebut..(^_^)v!!







Tahniah buat anak-anak muridku..semua pandai dan berjaya menampalnya dengan kemas dan cantik..^^