CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 15 Julai 2013

More Quilling Roses & Step Stair Card

Salam 1 Malaysia,

             Pada entri kali ini, saya letakkan picture kad jemputan yang telah saya buat untuk persaraan Guru Besar SK PULAPAH iaitu Pn. Hajjah Norma Ahmad tempohari. Alhamdulillah dah selesai pun majlis makan malam tersebut. Simple je, inginkan kelainan, maka terhasil kad jemputan tersebut.

Kad Jemputan Makan Malam Persaraan Guru Besar

Ok, gambar di bawah ini pula tempahan dari seorang hamba Allah special for someone..sama seperti yang di atas. Buat pengetahuan rakan guru, saya suka buat dan belajar buat quilling ni. Untuk ambil tempahan buat masa ini memang tidak ada kesempatanlah. Setakat untuk 2 - 3 keping tu bolehlah buat. Untuk tempahan yang banyak tu tak sanggup rasanya. Buat quilling ini hanya sebagai hobi dan suka-suka. 

Kad Birthday Special..^^

Satu lagi kad birthday yang saya cuba baut sendiri. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan bagi saya. Tak tahulah pandangan orang lain. Ini namanya kad Step Stair Card. Kad ini saya buat untuk kali yang ke 4. Kad yang sebelumnya telah pun diberi pada rakan guru yang berminat, sebagai cenderahati dan tanda kenangan-kenangan.


special birthday card with quilling cake and roses



Lembaran Mewarna & Kraf Serangga

Salam 1 Malaysia,

             Alhamdulillah, hari ini saya ingin kongsikan bahan lembaran mewarna gambar bagi aktiviti tema haiwan serangga. Rakan guru boleh klik dan download terus pada link yang telah saya letakkan pada entri baru ini. Sila klik pautan di bawah ini:





Sekiranya rakan guru berminat boleh terus ke laman web tertera di atas. Sebelum berundur saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan guru yang sudi melayari laman blog prasekolah SK PULAPAH dan mendownload bahan-bahan yang saya kongsikan ini. Sekian terima kasih (^^)



Jumaat, 12 Julai 2013

Haiwan di Air

Salam 1 Malaysia,

             Hampir 2 minggu buat aktiviti tema haiwan. Pada minggu ini saya mengajar murid-murid haiwan di air. Banyak aktiviti yang boleh diadakan menerusi tema haiwan. Aktiviti yang saya ingin kongsikan pada rakan-rakan guru pada hari ini ialah haiwan di air iaitu ikan dan obor-obor. Seperti selalu, saya akan kongsikan bahan lembaran bagi aktiviti yang saya katakan tadi. Anda boleh klik dan terus download lembaran tersebut itu di Lembaran Ikan Comel dan satu lagi bahan iaitu Si Lembut Obor-Obor.

             Oh, ya sebelum anda mendownload bahan di atas, jangan lupa tinggalkan komen ye di bawah entri. Terima kasih kepada rakan guru yang sudi download bahan yang telah saya masukkan dalam entri ini. Selamat mencuba. Murid-murid pasti seronok dengan aktiviti ini. ( ^_^ )_v!!!

Di antara hasil kraft yang terbaik

contoh si lembut obor-obor daripada guru prasekolah

Inilah hasil kami

Yea..si lembut obor-obor yang kami buat ^^


Gambar bagi aktiviti ikan yang comel





Tahniah kepada semua anak muridku yang berjaya menghasilkan ikan yang comel ^^