CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 17 Julai 2014

Lembaran Kerja Prasekolah

Assalamualaikum wbt,


      Pada hari ini, saya ingin berkongsi bahan lembaran kerja menulis Bahasa & Komunikasi ( Bahasa Malaysia ) yang tak seberapa je. Lembaran ini saya hasilkan sendiri dan mempunyai 77 muka surat termasuk muka hadapan. Saya harap rakan guru menyukainya. Saya seronok jika lembaran ini dapat dikongsikan bersama rakan-rakan guru. Jika ada kesalahan pada mana-mana halaman / lembaran yang saya hasilkan saya memohon maaf. Rakan guru yang melayari laman blog prasekolah ini boleh download terus pada link di bawah ini, semuanya percuma (^_^)..



Inilah hasilnya setelah saya satukan menjadi buku. Lembaran ini boleh juga dijadikan sebagai latihan tambahan di rumah pada murid-murid. Oops!.. sebelum mengundur diri, saya berharap sangat rakan-rakan guru yang telah mendownload bahan ini, memberi komen  dan  ulasan di bawah entri ini. Jasa baik  dan kerjasama rakan-rakan saya ucapkan dengan ribuan terima kasih..Selamat mendownload ye..



Lembaran Tema Hari Raya

Assalamualaikum wbt,


       Alhamdulillah, bertemu kita kembali pagi ini..Oh ya, pada pagi ini, saya ingin berkongsi lembaran kerja yang saya hasilkan sendiri pada tahun lepas. Hihi..tulisan tangan je..gambar pada lembaran pun saya lukis sendiri. Sebelum saya masukkan gambar dalam entri ini, saya nak mohon maaf sebab lembaran ini saya snap melalui hp saya..so tak berapa clearlah..almaklumlah scanner di sini problem sikit. Tapi saya yakin rakan-rakan guru tentu ada banyak lembaran yang berkaitan dengan tema perayaan iaitu Hari Raya. 






Hihi...inilah hasil tangan saya sendiri. Lembaran ini sekadar perkongsian. Mungkin cikgu-cikgu boleh buat yang lebih baik dan kreatif dari saya. Sekian terima kasih.


Selasa, 15 Julai 2014

Cupcakes Comel

Assalamualaikum wbt,


     Selamat malam teman-teman (^_^)..ada bahan menarik yang saya nak kongsi pada rakan guru pada malam ini. Saya harap kamu semua suka dengan bahan ini. Saya teruja bila dapat image cupcakes yang comel ni. Bahan ini bolehlah anda ubahsuai jadi bahan bantu mengajar atau bahan untuk menceriakan kelas, bahagian dapur, dewan makan prasekolah anda. Sepertimana yang sebelum ini, bahan ini saya dapat dari Teachers Pay Teachers secara percuma..




Jika berminat klik pada image dan save dalam lappy anda. Rasanya setakat ini dahulu yang saya dapat kongsikan pada rakan semua. Nanti jika ada bahan baru..insha Allah saya akan masukkan dalam entri baru dalam blog ini. Before that, nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sudi download bahan di dalam lama blog ini. Jangan lupa share pada rakan-rakan lain ye...Oklah, Selamat berkreativiti rakan-rakan...



Addition Worksheets

Assalamualaikum wbt,


      Alhamdulillah, malam ini nak kongsi lembaran kerja matematik operasi tambah. Rakan-rakan guru boleh klik pada link di bawah ini;



 
Lembaran kerja ini saya download daripada laman web pendidikan www.worksheetfun.com. Jika ada kesempatan layarilah laman web ini, banyak lembaran kerja yang anda boleh download..Ok, sampai sini dulu..insha Allah jika ada masa saya akan kongsikan bahan yang lain pula..Selamat Malam (^_^)..


Isnin, 7 Julai 2014

Frames Yang Comel

Assalamualaikum wbt,


      Oops....nampaknya ada lagi bahan yang ingin saya kongsikan pada rakan-rakan semua. Bahan ini saya download pada laman TPT. Bahan ini boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar bagi guru-guru yang rajin dan kreatif. Bahan yang download ini biasanya dalam zip file..so, bagi memudahkan guru saya telah extract file ni..jadi senang bagi rakan-rakan guru untuk klik pada image dan save terus dalam komputer atau lappy. Bagaimana rakan-rakan comel tak frames ni?!!. 










Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mendownload lebih banyak lagi bahan percuma daripada Teachers Pay Teachers bolehlah layarinya. Jangan lupa join TPT. Harap-harap rakan guru sudi mendownload bahan ini. Jangan lupa share pada rakan-rakan lain. Sekian terima kasih. 



Coconut Tree Craft Template

Assalamualaikum wbt,



      Alhamdulillah, malam ini nak ambil kesempatan untuk upload lembaran baru untuk aktiviti kanak-kanak prasekolah. Aktiviti kraf tumbuhan iaitu pokok kelapa ( coconut tree ). Rakan guru boleh klik pada pautan dibawah dan save. 



      Harap rakan guru sudi-sudikanlah untuk mendownload bahan yang tidak seberapa ini. Selamat mencuba.




Ahad, 6 Julai 2014

More Clip art Pictures For Classroom

Assalamualaikum wbt,

     Hai rakan-rakan..alhamdulillah ada lagi bahan bantu mengajar yang cantik cute yang saya dapat daripada TeachePayTeachers. Bahan ini hampir sama dengan bahan yang sebelumnya, tapi bahan ini ada kelainan sedikit. Harap-harap rakan suka dengan bahan ini. Sekiranya berminat boleh klik pada image dan save as terus dalam lappy anda. Selamat mendownload..


















Apple Dot-Dot

Assalamualaikum wbt,


     Hai rakan-rakan semua, dengan gembiranya saya ingin kongsikan bahan menarik yang boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar prasekolah. Ianya juga boleh dijadikan bahan untuk menceriakan kelas prasekolah anda. So, sekiranya anda berminat, boleh klik pada image dan save image ini dalam lappy anda. Oh ya, sebelum saya share bahan ini, ingin saya maklumkan bahan ini saya dapat percuma daripada Teachers Pay Teachers.. Di laman tersebut, terdapat banyak bahan bantu mengajar yang boleh disimpan dan boleh kita ubahsuai untuk kelas prasekolah. Saya ambil yang percuma sahaja..












        Insha Allah..saya akan cuba kongsikan bahan lain yang saya dapat dalam laman TPT itu nanti. Harap-harap rakan sudi berkongsi bahan yang tidak seberapa ini dengan rakan-rakan lain. Sekian, terima kasih..