CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 21 Ogos 2014

Apple Lagi!

Assalamualaikum wbt,

      Alhamdulillah hari ini ambil sedikit masa untuk kongsi satu lagi bahan bantu yang menarik yang boleh rakan-rakan guru gunakan untuk menceriakan prasekolah. Bahan ini saya dapat dalam laman Teachers Pay Teachers secara percuma yang telah dibuat oleh KRISTA WALLDEN & THE HAZEL OWL. BBM yang direka sangat menarik dan cantik-cantik. Sekiranya rakan-rakan berminat bolehlah klik pada link di bawah. ataupun sebahagian image yang sedia saya masukkan dalam entri ini. Sekiranya nak dapat keseluruhan image yang ada, perlulah klik pada link yang telah letak pada entri ini.  Harap-harap cikgu-cikgu suka. 



        Antara image yang dapat saya kongsikan :



Ini image buah epal yang direka oleh The Hazel Owl.. Jangan lupa layari link yang telah kongsikan pada rakan-rakan. Selamat eksplore bahan menarik ini..Sekian Terima Kasih..





Rabu, 20 Ogos 2014

Cuaca

Assalamualaikum wbt,



       Alhamdulillah...hari ini nak kongsi lagu "You Are My Sunshine" dari laman youtube..tapi saya ajar murid prasekolah saya sebahagian lirik sahaja, iaitu pada rangkap pertama daripada keseluruhan lirik lagu tersebut..


satu lagi lagu kanak-kanak bertemakan cuaca iaitu lagu "Rain-rain go away".


Ada beberapa aktiviti yang menarik berjaya dilaksanakan oleh murid prasekolah. Bahan-bahan untuk membuat kraft payung dengan menggunakan;

paper cupcake yang pelbagai saiz
gam
kertas warna biru saiz A4 
pensel warna

Hasil daripada menggunakan bahan-bahan di atas akan menjadi seperti di bawah ini







Oklah, sampai sini saja..nanti bila ada bahan-bahan yang menarik saya akan kongsikan pada rakan-rakan. Sekian terima kasih..

Khamis, 7 Ogos 2014

Aktiviti Tema Haiwan : Burung



Assalamualaikum wbt,



      Hai..alhamdulillah hari ini nak ambil masa sikit untuk masukkan entri baru untuk tema haiwan iaitu tema burung. Nanti rakan-rakan guru boleh klik pada image dan save as dalam lappy anda.

Lembaran mewarna gambar burung nuri yang saya download dari laman web http://www.thecoloringbarn.com/bird-coloring-pages.html





Rakan-rakan cuba lihat untuk aktiviti kraf yang cantik ni iaitu burung merak pula, saya jumpa di laman http://lumeanoastracolorata.blogspot.ro/2013/06/paunul-din-hartie.html. Bagaimana rakan-rakan guru, cantikkan hasil burung merak yang ditunjukkan. Cumanya bahasa yang digunakan dalam laman tersebut sukar difahami. Tetapi berpandukan gambar, saya faham bagaimana nak menghasilkan burung merak ni..Oklah..selamat mencuba buat rakan-rakan yang telah melayari laman blog prasekolah ini.. Terima kasih semua..