Halaman

Isnin, 21 November 2011

Jamuan Ringan

Salam 1 Malaysia,


             Last day..bersama anak murid tersayang..makan ayam kfc goreng..ermm cuma jamuan ringan..tapi walaubagaimanapun murid tetap seronok pada masa tersebut..tak sabar nak makan ayam kfc katanya..huhu yang sedihnya...cikgunya tak sempat nak buat jamuan besar-besaran untuk mereka, kerana terlalu sibuk dengan aktiviti dan program sekolah..




              Alhamdulillah..semua dah selesai pada akhir persekolahan..selepas makan ada aktiviti salam bersalaman untuk cikgu yang akan berpindah. Cikgu dan mama nak ucapkan selamat berjuang dan belajar rajin-rajin pada tahun satu nanti..(^_^)..jangan malas-malas ye..


Jumaat, 18 November 2011

Klik Klik...Senyum + Sedih

Salam 1 Malaysia,

             Alhamdulillah..hari ini hari terakhir persekolahan..esok mula cuti sekolah..Hari ini ada sesi bergambar di sekolah pakaian batik sekolah..menyerlah gitu..warna oren kekuningan. Tujuannya adalah sebagai kenangan sekolah...Oh ya sebelum upload gambar sekolah dan murid prasekolah tahun ni..ada berita baik gembira + sedih pada kami warga sekolah kerana akan kehilangan dua orang guru cemerlang....
            Tahniah diucapkan kepada Ustazah prasekolah iaitu Pn. Seri Pawati Kasrol yang akan berpindah di Klang bersama dengan suami iaitu En. Md. Zolman Che Man. Sedihnya..guru yang dah lama berkhidmat dan banyak jasa baik serta ilmu yang telah disumbangkan pada sekolah..terutamanya pada prasekolah..tak sangka beliau akan berpindah..walaubagaimanapun..kami pihak prasekolah mengucapkan.....

kami semua sayang pada ustazah Seri....Selamat menjalankan tanggungjawab dan amanah ditempat yang baru ye...Jasamu dikenang selalu..!!
Warga SK PULAPAH 2011
Dari kiri bawah:-En. Syahrul Rezza Mohd. Zamri, En. Azharnorazam Kamis, En. Mohd. Azri Mohammad, En. Syed Zulkefli Syed. Ismail (GPK KO), En. Mohd. Noor Ramli ( GPK 1 ), Pn. Hajah Norma Ahmad ( Guru Besar ), En. Mohd. Norsani Mahat ( GPK HEM ), En. Md. Zolman Che Man, En. Hamdan Lihin ( PAR ). Dari atas kiri:- Pn. Suriati Md. Yusof, Pn. Noorhida Noh, Pn. Mimi Marlini Mat Rozi, Pn. Nor Hafizah Md Razi, Pn. Zain Nurain Zainal Abidin, Pn. Seri Pawati Kasrol, Pn. Noraliza Yahid, Pn. Rosmawati Abd. Rasid (PPM), Pn. Rosmayanty Rosly (PRA), Pn. Zuraidah Aluwi dan Pn. Norijah Lok Mat.


Warga guru dan murid prasekolah 2011

Barisan Srikandi Sekolah


Khamis, 17 November 2011

Kostum Oh Kostum!!

Salam 1 Malaysia..

             Allahuakbar..sudah pukul berapa ni..huhuhu ni baru nk update blog..dari tadi dok tunggu line internet ok..mata pun dah kuyu ni...sebelum nak lelapkan mata yang layu ni nak kongsi pengalaman dengan kawan-kawan mengenai Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011 yang diadakan pada hari ini pukul 2.00 petang tadi..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
            Namun sebelum majlis ini diadakan..berbagai aktiviti yang saya buat bagi melancarkan program tersebut. Memandangkan saya selaku ajk guru persembahan, maka kenalah buat satu aktiviti persembahan murid prasekolah yang tak seberapa meriahnya..ini kerana kesuntukan masa dan kesibukan diri yang melanda..
            Murid prasekolah buat persembahan nyanyian dan gerakan lagu gajah menari..heheheh custum nya pun buat simple je..tu pun siapkan dalam masa 2 minggu..memang agak kelam kabut sikit..


mama (PPM) turut membantu dalam menyiapkan kostum harimau..aummmmmm

masih dalam proses menyiapkan kostum harimau ni..
apa yang penting kerjasama heheheheh...(^_^)
ni kostum gajah..ada yang kat belakang tu kostum pokok..simple je
               Alhamdulillah dah selesai pun buat kostum tuk nyanyian dan gerakan..tapi letih sampai kejang-kejang kaki nak siapkan baju dan latih murid menyanyi..walaubagaimanapun semuanya pun  dah selesai pada majlis HAKP tu petang tadi..walau ada sikit kekurangan pada majlis tersebut..insyaAllah akan diperbaiki lagi pada tahun hadapan..insyaAllah boleh!!! (^_^)_v
            

Ahad, 6 November 2011

Kipas Terbang

Salam 1 Malaysia,

           Semalam ajar murid buat kertas terbang..nak bagi mereka hilang penat berlatih nyanyi..minggu ni sibuk dok melatih murid nyanyian gerakan untuk persembahan masa Hari Kecemerlangan Akademik Pelajar 2011
( Konvokesyen ).
           Ok..saya nak tunjuk cara-cara membuat kipas terbang..bahan-bahan yang diperlukan kertas A4, gunting dan warna pensel @ crayon..
           Cara-cara membuatnya..sila rujuk gambar dibawah ini..tengok dan buat tau...(^_^)

 lipat sebahagian daripada kertas A4 ni.. 
Gunting bahagian kertas A4 yang telah dilipat tadi
Kemudian lipat kepada dua bahagian spt di atas

Dan ini hasil daripada lipatan dua tadi

Setelah itu, lipat dua cuma sebahagian sahaja spt di atas ye..

Lepas itu lipat lagi dalam 1 cm sahaja selepas lipat yang mula-mula tadi

Dan kemudian gunting sebahagian sahaja untuk dijadikan bilah kipas pada garisan lipatan yang mula-mula tadi.

Setelah gunting bahagian bilah kipas itu, gunting sedikit bahagian bawah pada garisan lipatan yang kedua pula kiri dan kanan

Setelah menggunting bahagian tepi kiri dan kanan tadi..perlu dilipat ke bahagian dalam spt gambar di atas

Dan ini hasil lipatan kiri dan kanan pada bahagian bawah bilah kipas terbang

Dan ianya akan jadi spt gambar di atas

Selesai menggunting dan melipat, bolehlah lukis bilah kipas terbang tadi ikut kreativiti masing-masing

Setelah lukis bolehlah diwarnakan bilah kipas itu dengan cantik..
Dan nah ini hasil kerja murid dengan kreativiti masing-masing..



              Kipas terbang ini boleh dilepaskan dengan memegang bahagian 1 cm yang telah dilipat tadi..ianya akan berpusing cam kipas..semua murid saya gembira dan seronok dengan melepaskannya jatuh ke bawah lantai..
Selamat mencuba....!!!!
          

Selasa, 1 November 2011

Kursus P & P dan Pengurusan Stok Barang.

Salam 1 Malaysia,

             Semalam dari pukul 7.30 pagi gerak ke PPD Jempol Jelebu ada kursus..itu pun tau ada kursus petang Jumaat penyelaras sendiri telefon sekolah..alhamdulillah nasib baik masa tu tak balik lagi..al-maklumlah dah pukul 4 petang..kursus ni mulanya pukul 8 pagi ~ 4 petang, seharian di bilik seminar tu tak boring...input dan ilmu yang dapat pada kursus itu memang sangat bermanfaat untuk guru-guru prasekolah..banyak benda nak dikemas kini setelah dapat maklumat baru ni..

contoh contoh kraft dari pinggan kertas
contoh kraft haiwan daripada pinggan kertas...
Contoh cara nak buat kipas terbang
sing a song..HELLO Song
             Actually, banyak lagi sebenarnya gambar nak di ambil tapi tak sempat..sebabnya banyak juga aktiviti yang dijalankan..macam kraft yang kami buat..jadi dari ilmu yang saya dapat ni boleh lah tunjuk ajar kat anak murid..tentu diorang suka..
            Heheh masa pagi tadi pun, diaorang dah nampak kraft tu pun diaorang dah tak sabar nak buat..'cikgu bila nak ajar kami buat gajah tu?"..
           ( - - )' ermmmmm insyaAllah..jawabku...( pinggan kertas tak beli lagi.....)