Halaman

Isnin, 19 November 2012

UPSR

Salam 1 Malaysia,

              Alhamdulillah, keputusan UPSR telah keluar pada hari ini..Dan syukur alhamdulillah murid-murid telah berjaya dan mengetahui keputusan UPSR mereka. Seramai 20 orang murid tahun 6 yang telah menjalani peperiksaan. Seramai 4 orang yang telah berjaya mendapat 5 A, dan 4A 1B pula seramai 3 orang dan selebihnya ada yang mendapat 3A, 2A,1A dan lain-lain lagi.  Mereka menerima slip peperiksaan UPSR daripada Guru Besar. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Pada yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang janganlah bersedih, perjuangan masih belum selesai dan bukan terhenti setakat UPSR sahaja. Berusaha lagi untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Mungkin rezeki tidak pada UPSR, mana tahu akan lebih berjaya pada peperiksaan PMR, SPM atau barangkali STPM dan seterusnya.. InsyaAllah,kamu semua boleh..
            Walaupun saya bukan guru yang mengajar mereka. Tapi separuh daripada mereka adalah bekas anak murid prasekolah yang saya pernah ajar dahulu. Cikgu bangga dengan kamu semua. Tahniah sekali lagi cikgu ucapkan. Jutaan terima kasih kepada pihak Pengurusan, PIBG, barisan Ajk PIBG, guru-guru tahun 6, guru-guru, staf sokongan, ibu bapa dan semua warga SK PULAPAH  yang banyak membantu dan memberi sokongan pada program-program sekolah sepanjang tahun 2012.




             Di dalam entri ini juga, saya paparkan gambar-gambar semasa majlis penyampaian slip peperiksaan UPSR kepada pelajar.




Ibubapa/penjaga yang hadir menunggu keputusan anak-anak mereka dengan penuh debaran

Ucapan oleh Guru Besar SK Pulapah.

Ahmad Hasbullah b, Mohd. Yusoff

Amirl Khir Ezzad b. Jalani

Farah Nabila bt. Abdullah

Fatin Nur Jiha bt. Abu Samah

Annas Hafizi b. Daud

Marfuatul Nafissa

Muhd. Izzat Hairi b. Doman

Muhd. Farizuan b. Yazid

Muhd. Tarmizi b. Mohd. Daros

Muhd. Khairil b. Ghazali

Nur Aiman b. Shahari

Mujahid Zahin b. Lokman

En. Sahir Sayon bapa wakil kepada anaknya Nor Syahirah

Nur Ain bt. Yusof


Nur Iriesya Miera

Nur Izzlin bt. Zakaria

Nur Shahada Azzalina


Wajah-wajah ceria pelajar yang mendapat 5A


Tahniah semua dan syabas di ucapkan..


Rabu, 14 November 2012

Mari Buat BBM!!

Salam 1 Malaysia,

             Selamat pagi semua, di sini saya ingin berkongsi gambar untuk dijadikan bahan bantu mengajar. Rakan-rakan bolehlah terus download  gambar-gambar yang telah saya paparkan pada entri ini. Selamat berkreativiti dan selamat mencuba...

chubby penguin


black and white chubby penguin


red apple

lily pad


red velvet cupcake


               Semoga apa yang telah saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan guru untuk persediaan awal tahun hadapan. Terima kasih..



Jumaat, 9 November 2012

Solar System Craft.

Salam 1 Malaysia,

             Alhamdulillah..hari ini terakhir murid-muridku bersekolah di prasekolah permata hati. Walaupun esok dah cuti, murid-murid prasekolah masih di ajar membuat kraf mudah. Kraf yang murid hasilkan ini adalah satu projek yang dibuat bersama penjaga/ibubapa di rumah. Hasilnya sangat memuaskan. Murid-murid masih mengingati kedudukan planet-planet di angkasa. Susunan dalam kraf tersebut pun betul. Tahniah kepada mereka yang berjaya menghasilkan kraf mudah ini. Terima kasih kepada ibubapa yang membantu murid melaksanakan kraf tersebut. Bahan-bahan yang digunakan adalah kertas warna hitam, pen marker gold, gam, gunting dan lembaran kerja gambar-gambar planet ( bahasa Inggeris ). Dan di bawah adalah gambar hasil daripada projek bersama penjaga/ibubapa di rumah.

hasil kraf cakerawala  Qalam Hamidi dan ibunya Pn. Suria Ibrahim

hasil kraf oleh Affan Hanafi dan ibunya Pn. Norhayati 

Hasil kraf oleh Nurkaisah Khairina dan Abangnya Haziq

Hasil kraf oleh Intan Nur Raihana dan bapanya En. Rozlan


Inilah murid yang berjaya menghasilkan kraf dan projek My Solar System Craft

Tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya menghasilkan kraf ini. Sebahagian lagi ada yang disiapkan di sekolah. Tidak mengapa, yang penting mereka ingat kedudukan planet itu. Mereka juga turut di ajar dengan nyanyian lagu 9 planet hasil ciptaan cikgunya sendiri. Alhamdulillah mereka ingat nama-nama planet dalam bahasa Malaysia pula. Nama-nama planet yang di ajar kepada murid. Murid turut di tayangkan dengan video keadaan planet-planet di angkasa di laman youtube.

Sun- Matahari
Mercury - Utarid
Venus - Zuhrah
Earth - Bumi
Mars - Marikh
Jupiter - Musytari
Saturn - Zuhal
Uranus - Uranus
Neptune - Neptun
Pluto - Pluto








Khamis, 1 November 2012

Lembaran Kerja Berwarna dan Kraf Tema Cakerawala

Salam 1 Malaysia,

Hari ini saya ingin kongsikan lemabaran kerja yang saya dapati dalam laman blog pendidikan http://www.coloringcastle.com dan laman blog http://www.sproutonline.com/printables dan beberapa laman blog yang ada menyediakan lembaran kerja yang bertemakan cakerawala seperti:












        Rakan-rakan guru bolehlah upload lembaran kerja di atas untuk aktiviti dalam kelas prasekolah anda. Harap ia mendatangkan faedah kepada rakan-rakan guru.

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar & Konvo Prasekolah

Salam 1 Malaysia,

              Alhamdulillah selesai sudah HAKP bersama dengan Konvokesyen Prasekolah Permata Hati 2012. Lega rasa hati bila semuanya dah selesai. Boleh dikatakan agak kelam kabut sedikit disebabkan oleh ketiadaan mama Rosma yang kebetulan pada hari yang sama 'mama' berkursus di Port Dickson. Tap alhamdulillah rasa syukur sangat-sangat dapat bantuan dari semua ibubapa /penjaga termasuk AJK waris prasekolah yang hadir bagi membantu saya. Murid prasekolah sempatlah di hias wajahnya untuk tarian bollywood pada awal persembahan semasa aturcara majlis dijalankan. Debar jantung cikgu pra, itu baru cikgu, tak tahulah perasaan anak murid membuat persembahan itu.

Terima kasih kepada Pn. Norhayati yang sudi membantu menghias murid prasekolah untuk persembahan

Ibu Tuah Putra Hakimi walaupun ada kerja pagi itu, tapi sempat juga hendak menolong meyiapkan murid.

kredit juga Pn. Suria Ibrahim dan Normaya Kamaruddin yang turut membantu

Keadaan murid yang masih bersiap untuk persembahan penuh kelas pra semalam

Twist twist...menari ala retro yang penting asyik mereka menari..dapat tepukan gemuruh dari semua penjaga. Tahniah murid-muridku
  Bercerita mengenai tarian bollywood ini, semasa mereka asyik menari tiba-tiba ada kesilapan teknikal yang membuatkan lagu yang dipasang itu terhenti sekejap. Apa lagi murid pun berhenti menari..dan cutenya masing-masing dapat sambung semula dengan gaya yang sama tiada salah satu pun..bagus anak muridku semua. Semua hadirin yang hadir masa hari tersebut terpegun. YB Zainal pun goyang kaki ikut rentak lagu yang dipasang. ( ^_~)_v!!!

Ini selepas bergambar, siapkan murid untuk menerima anugerah dan sijil
 Tahniah kepada murid prasekolah yang berjaya. Dan sekali ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat ibubapa dan ajk waris yang terlibat menajyakan majlis ini.