Halaman

Sabtu, 24 Ogos 2013

Origami sayur-sayuran

Salam 1 Malaysia,

             Hari ini sabtu dan hari ini juga sekolah, alhamdulillah ramai murid yang hadir. Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi aktiviti membuat origami sayuran seperti lobak merah dan tomato. Di dalam entri ini saya masukkan cara-cara membuat origarmi lobak merah dan tomato. Contoh cara membuta origami sayuran ini saya dapati di dalam laman web SINI (http://www.paperkawaii.com/2011/09/09/origami-vegetables/)

carrot


Tomato

egg plant / aubergine

Dan gambar di bawah beberapa origami sayuran yang berjaya murid hasilkan





Alhamdulillah ini hasilnya..bagaimana? cantikkan!!... Rakan-rakan bolehlah mencuba. Sila klik pada image untuk download origami yang saya masukkan di dalam entri ini. Actually, bukan mudah untuk mengajar murid-murid membuat origami ini, ianya memerlukan kesabaran yang tinggi. Yang penting perlu ajar asas untuk melipat dahulu, barulah murid-murid dapat menghasilkan origami seperti yang di atas. Selamat mencuba!!

Jumaat, 23 Ogos 2013

Sayur-sayuran

Salam 1 Malaysia,

             Aktiviti yang dijalankan pada minggu ini ialah tema sayur-sayuran. Di bawah adalah antara aktiviti bagi tema sayur-sayuran.
tomato

lobak merah

terung

kubis

untuk aktiviti yang saya paparkan, anda perlu melipat dua bahagian kertas, arahkan murid-murid untuk mewarna gambar sayuran tersebut. Seterusnya mengguntingnya mengikut garisan putus-putus. Setelah itu, guru akan memberi seorang sedikit kapas/ fiber glass ( spt kapas tp berkilat sedikit )/ kertas A4 yang dikeronyokkan, untuk diletakkan di bahagian dalam sayuran yang digunting itu. Kemudian guru boleh membantu murid untuk stapler bahagian tepi di sekeliling bentuk sayuran tersebut.

              Idea ini adalah asal dari cikgu Raheela, cumanya saya menggunakan bahan seperti fiber glass untuk membentuk sayur itu menjadi kembung. Dan di bawah ini adalah hasil murid-murid yang telah berjaya membuatnya. Cantikkan!

Inilah hasil kami..

Inilah hasil yang berjaya mereka buat..Tahniah!!

Rakan-rakan guru boleh download terus lembaran tersebut dengan menekan right-click dan save image yang telah saya masukkan dalam entri ini. Selamat mencuba (^^,)v..