Halaman

Selasa, 11 Februari 2014

Aktiviti Murid Pra

Assalamualaikum w.b.t,

     Alhamdulillah, baru teringat tadi...nak kongsikan aktiviti yang telah berjaya anak-anak murid prasekolah laksanakan sepanjang minggu sebelum Tahun Baru Cina dan sepanjang minggu lepas. Masing-masing seronok dalam aktiviti yang telah dijalankan...






Gambar di atas merupakan aktiviti sempena Perayaan Tahun Baru Cina lalu. Mereka buat kraf topeng naga. 






     Gambar di atas ini pula, lembaran yang saya ambil daripada laman web yang sebelum ini telah saya kongsikan dalam entri yang lepas http://crystalandcomp.com/ .  Ini adalah aktiviti kraf yang berkaitan dengan huruf J is for Jellyfish. Lembaran ini telah saya ubahsuai sedikit iaitu pada gambar jellyfish, agar nampak lebih menarik. 
       Sekiranya rakan-rakan ingin lembaran asal tersebut boleh lihat pada entri sebelum ini. Ok..rasanya sampai sini dulu..nantikan bahan-bahan lain yang ingin kongsikan pada semua. Sekian Terima Kasih..

Lembaran Suku Kata II

Assalamualaikum w.b.t,

     

        Hai..bertemu kita kembali, hari ini dengan rasa senang hati saya ingin kongsikan lembaran kerja suku kata sepertimana yang telah saya janjikan. Rakan-rakan boleh klik terus pada image dan save. Harap semua sudi kongsi bahan saya pada rakan-rakan lain.






Oklah, setakat ini dahulu..sekiranya ada bahan lain saya akan kongsikan bersama rakan-rakan semua. So, sekian terima kasih..( ^_^ )

Rabu, 5 Februari 2014

Lembaran Kerja Suku Kata

Assalamualaikum w.b.t,



       Hari ini saya ingin kongsikan lembaran suku kata yang hasilkan sendiri. Ilham buat lembaran aktiviti adalah daripada Cikgu Raheela, rasa tercuit pula hati nak buat sendiri. Dalam proses belajar buat lembaran aktiviti B.M. Alhamdulillah dah siap dibukukan sebanyak 70 helaian muka surat. Ok, dalam entri ini saya masukkan sebahagian lembaran aktiviti suku kata yang telah saya hasilkan. 






Jika rakan-rakan guru berminat dan sudi bolehlah klik pada image dan save sahaja. Harap-harap ianya berguna untuk pengajaran dan pembelajaran guru. Oh ya, Insha Allah sebahagian lembaran aktiviti yang lain, saya akan masukkan pada entri yang akan datang.