Halaman

Rabu, 25 Mei 2011

Belajar Mewarna Guna Crayon

Salam 1 Malaysia,

               Harini..anak-anak muridku diajar cara nk mewarna gambar guna warna crayon..ermm mmg sukar pada mulanya almaklumlah baru belajar..susah sikit nk ajar mereka yang sudah terbiasa warna menggunakan warna pensel..kekok pun ada anak-anak murid ku mewarna..tp bila dh diajar dengan cara yang mudah murid ni rasa seronok..


bersungguh-sungguh murid ni mewarna







 ini cikgunya kertas yang di warna untuk mengajar murid


ini hasil guru yang telah siap nk dijadikan contoh bbm pada murid



Selasa, 24 Mei 2011

Donut Si Cilik

Tempohari muridku telah diajar cara membuat donat menggunakan doh yang telah dibancuh oleh mamanya..seronok mereka menguli dan menggentel doh tersebut heheheh..
 tengoklah mereka membuat dengan tekun dan bersemangat

ermmm menggunakan cawan plastik sebagai alat mencetak doh menjadi bulat untuk membentuk donat
 
 Donut yang dibancuh oleh mama telah di campur dengan warna makanan kuning..nak lain dari lain..ikutkan sebenarnya nk warna pelangi merah kuning dan hijau..tapi last minute terlupa cikgunya nak bawa..jd warna kuning jelah donatnya

 pelbagai bentuk donat yang telah dibentuk oleh anak muridku ada datuk, nenek, ibu, ayah, adik dan cucu donat pun ada...tapi semuanya comel dan gebu..

 donat yang telah siap dibentuk akhirnya digoreng dan inilah hasilnya gebu kan....


ermm nilah dia donat gebu hasil handmade oleh anak-anak muridku...nyum nyum meh jemput makan semua...bismillahirrahmanirrahim...

Khamis, 19 Mei 2011

Sejarah Prasekolah SK PULAPAH

Prasekolah SK PULAPAH telah dibina pada tahun 2004. Prasekolah SK PULAPAH mula beroperasi pada tahun 2005. Atas usaha Kementerian Pendidikan untuk membina bilik prasekolah di SK PULAPAH supaya anak-anak polis ini bersedia ke alam persekolahan dan mendapat pendidikan awal yang sempurna. Bilik prasekolah ini berada ditingkat bawah bangunan A yang asalnya dahulu adalah sebuah surau SK PULAPAH. Keluasan bilik prasekolah SK PULAPAH adalah 30 x 25 kaki persegi. Selain itu, bilik prasekolah ini mempunyai satu ruang pengajaran dan pembelajaran, satu ruang dapur dan bilik stor yang kecil. Prasekolah ini mempunyai 2 bilik air, satu bilik air untuk murid perempuan, satu lagi untuk murid lelaki. Pada tahun 2007, prasekolah SK PULAPAH pernah menjadi tuan rumah pada Karnival Prasekolah untuk peringkat Daerah Jempol & Jelebu. Sebanyak 54 buah kelas prasekolah yang menyertai pertandingan tersebut. Dengan adanya pertandingan tersebut prasekolah SK PULAPAH mula dikenali. Semua kejayaan yang dicapai oleh prasekolah SK PULAPAH adalah atas usaha dan kerjasama semua pihak sekolah dari pihak pentadbiran, PIBG, rakan guru, staf mahupun murid-murid yang terlibat sama dalam menaiktaraf prasekolah SK PULAPAH. Dengan sokongan dan kerjasama mereka prasekolah kini sudah ditahap yang membanggakan. Alhamdulillah..