Halaman
▼
Khamis, 19 Mei 2011
Sejarah Prasekolah SK PULAPAH
Prasekolah SK PULAPAH telah dibina pada tahun 2004. Prasekolah SK PULAPAH mula beroperasi pada tahun 2005. Atas usaha Kementerian Pendidikan untuk membina bilik prasekolah di SK PULAPAH supaya anak-anak polis ini bersedia ke alam persekolahan dan mendapat pendidikan awal yang sempurna. Bilik prasekolah ini berada ditingkat bawah bangunan A yang asalnya dahulu adalah sebuah surau SK PULAPAH. Keluasan bilik prasekolah SK PULAPAH adalah 30 x 25 kaki persegi. Selain itu, bilik prasekolah ini mempunyai satu ruang pengajaran dan pembelajaran, satu ruang dapur dan bilik stor yang kecil. Prasekolah ini mempunyai 2 bilik air, satu bilik air untuk murid perempuan, satu lagi untuk murid lelaki. Pada tahun 2007, prasekolah SK PULAPAH pernah menjadi tuan rumah pada Karnival Prasekolah untuk peringkat Daerah Jempol & Jelebu. Sebanyak 54 buah kelas prasekolah yang menyertai pertandingan tersebut. Dengan adanya pertandingan tersebut prasekolah SK PULAPAH mula dikenali. Semua kejayaan yang dicapai oleh prasekolah SK PULAPAH adalah atas usaha dan kerjasama semua pihak sekolah dari pihak pentadbiran, PIBG, rakan guru, staf mahupun murid-murid yang terlibat sama dalam menaiktaraf prasekolah SK PULAPAH. Dengan sokongan dan kerjasama mereka prasekolah kini sudah ditahap yang membanggakan. Alhamdulillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan