Halaman

Rabu, 5 Oktober 2011

Jet Terbang

Salam 1 Malaysia,

              Hari ini, ajar murid buat origami jet daripada kertas..Alhamdulillah semua murid dapat buat..heheh bukan mudah nak ajar mereka melipat..kena tunjuk satu-satu..dah tunjuk pun masih ada juga yang tak boleh nk lipat macam cikgunya melipat..takpelah biasalah budak-budak...sabar cikgunya nak mengajar..heheheh
              Di sini saya tunjukkan langkah-langkah yang mudah untuk membuat jet kertas ni..hanya memerlukan sehelai kertas A4 sahaja.


langkah 1: lipat kertas A4 pada dua bahagian seperti di atas


 langkah 2: Lipat bahagian atas tepi kanan dan kiri buat seperti bentuk segitiga ikut garisan lipatan tengah
( di atas )


Langkah 3: Lipat bentuk segitiga tadi ke dalam..seperti di atas


 Langkah 4: Kemudian, lipat dua semula..


Langkah 5: Lepas itu, koyakkan sedikit bahagian hujung tepi..



Langkah 6: Nah..tadi dah koyakkan lepas itu buka balik..dan ianya kelihatan seperti di atas


Langkah 7: Ok, kemudian lipat bahagian tepi kiri dan kanan ikut garisan lipatn tengah membentuk segitiga
seperti gambar di bawah




Langkah 8: Lipat pula bahagian kecil tadi ke atas..tengok gambar kat atas ni ok..


Langkah 9: Ermm lepas tu, lipat dua lagi sekali..heheheh jadi seperti gambar di bawah



Langkah 10: Ok..lepas tu,lipat untuk membentuk sayap seperti di atas, pastikan sama kiri dan kanan
 seperti di bawah juga



Ok..Alhamdulillah akhirnya siap buat jet terbang kertas..mudah je.murid lepas ni bolehlah terbangkannya..aktiviti boleh dimainkan di padang tengok aksi mereka menerbangkan jet terbang mereka..

               Ok selamat mencuba!!!              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan