Halaman

Isnin, 15 Oktober 2012

Mari Anyam Tikar

Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah..akhirnya dapat juga update blog ni. Aktiviti yang saya masukkan ini adalah aktiviti pada tema yang lepas iaitu Tema Kraft Tradisional. Pada hari tersebut murid di ajar cara menganyam tikar yang diperbuat daripada kertas warna dan kertas A4 putih. Murid menjalankan aktiviti ini bersama dengan bimbingan guru.

Aktiviti anyaman tikar kertas bersama guru

Murid menjalankan aktiviti secara individu

Tekun mereka melaksanakan tikar anyaman mereka

Kertas warna yang telah disedia potong oleh guru untuk murid
Inilah hasil kerja mereka, cantik dan menarikkan?!

Puas hati dengan hasil kerja mereka sendiri

Ini salah satu hasil yang terbaik dan kemas. Tahniah Fadzrul..
Alhamdulillah inilah hasil yang dapat lakukan. Semuanya cantik. Tahniah kepada semua muridku.

4 ulasan:

  1. Trma kasih cikgu...skrg fadzrul dh makin kreatif ats didikan cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama pn.awiena. Itu sudah menjadi amanah dan tanggungjawab saya. Terima kasih pada pn atas kepercayaan pn terhadap saya dalam mendidik anak pn.

      Padam
  2. Bkn stkt kreatif cikgu..fadzrul dh lancar mmbaca skrg. Sya blikn buku crita bkn main lg dia baca..xde dh bnyi mngeja..dia trus je baca. Syukur..alhamdulillah..naik drjah 1 xla risau sgt tgk dia dh pndai mmbaca.

    BalasPadam
  3. tahniah.menarik blog cikgu

    BalasPadam