CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 23 Februari 2012

Mari Mengenal Warna

Salam 1 Malaysia,

             Minggu ini..murid-murid diperkenalkan dengan warna...Alhamdulillah 90% daripada mereka sudah kenal warna dengan mudahnya. Saya banyak menekankan dalam penggunaan Bahasa Inggeris yang terdapat dalam tunjang komunikasi. Banyak aktiviti yang dapat saya jalankan melalui warna ini. Antara aktiviti yang menarik seperti membuat kolaj bunga..
bila murid dah warna ikut warna yang dikehendaki murid boleh gunting dan tampal. Setelah itu, murid boleh menambah batang dan rumput..sangat cantik contohnya sperti di bawah

 ini adalah hasil kerja saya untuk abm dan sebagai contoh kepada murid. Sekiranya mudah untuk dilihat oleh murid, cikgu boleh fotokopi gambar bunga itu dan besarkan, warna, gunting dan  boleh dilekatkan pada manilakad.

Selain aktiviti di atas murid juga boleh membuat aktiviti seperti ini


bagi murid warnakan ikut pada arahan..dan aktiviti tambahan murid boleh gunting dan gantung buat mobil bintang. Mesti mereka seronok..itu cadangan aktiviti. Sekiranya kawan-kawan ada aktiviti yang lebih menarik lagi bagus..

Aktiviti yang lain pula buat mini book's warna..mereka juga dapat membaca perkataan mudah dalam Bahasa Inggeris dengan bimbingan guru..aktiviti ini boleh dilayari di laman www.education.com/worksheet di sini cikgu-cikgu boleh print mini book's yang ada..dan murid boleh buat colouring mini book's contohnya

 murid boleh baca, warna ikut kehendak lembaran dan gunting. Kemudian tampal pada kertas manilakad. Melalui aktiviti ini, murid boleh kenal perkataan mudah dalam BI dan seterusnya boleh dijadikan bahan bacaan mereka di rumah. Mereka tentu suka..dan ini saya tunjukkan contoh hasil yang saya telah buat untuk murid baca di sekolah





cubalah..tentu aktiviti dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan dapat memupuk mereka minat membaca bahan yang mudah ini..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan