CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 26 Jun 2012

Kolaj Pakaian Tradisional Melayu

Salam 1 Malaysia,

           Tempohari tema pakaian, tak sempat nk upload aktiviti murid membuat kolaj pakaian tradisional kaum Melayu iaitu baju kurung dan baju melayu. Murid menggunakan bahan terbuang seperti kain perca yang tidak terpakai untuk membuat kolaj pakaian tersebut. 

Ni hasil murid yang terbaik..
Ini hasil yang seterusnya..

Berjaya akhirnya mereka melaksanakan aktiviti ini..tahniah kepada murid yang telah berjaya melaksanakan tugasan yang diberi..

Selasa, 29 Mei 2012

Gambar untuk BBM

Salam 1 Malaysia,

Saja nak kongsi gambar-gambar yang saya download untuk dijadikan bahan bantu mengajar..










Lembaran Latihan Bahasa Inggeris

Salam 1 Malaysia,

Ni ada satu aktiviti untuk murid dalam Bahasa Inggeris, saya download latihan ini untuk dijadikan buku. Ini latihan untuk perkataan yang bermula dengan huruf konsonan.






untuk lebih banyak lagi kawan-kawan boleh layari di www.kidzone.ws . ada semua huruf konsonan..


Donat Pelangi

Salam 1 Malaysia,

           Alhamdulillah..malam ni baru ada kesempatan nak update blog prasekolah ni..rasa dah lama sangat tak update blog ni. Sejak sambung belajar ni...kesibukan melanda..tapi malam ni ambil masa sedikit untuk upload gambar aktiviti murid yang lepas-lepas..
Oh ya sebelum ni..ada buat aktiviti tema makanan..jadi murid di ajar cara menguli dan membuat kuih donat, sama sperti tahun lepas..tapi kali ini donatnya warna warni..buat donat pelangi..

masing-masing menulis nama dan jumlah kuih donat yang diuli tadi

Alhamdulillah dah siap uli dan dibentuk..tak sabar rasanya nk goreng..



Ini doh yang diuli oleh guru sebagai contoh pada murid...tunggu 30 min sebelum goreng kasi dia gebu dulu..

 Alhamdulillah doh yang dibentuk donat tadi semua dapat di makan selepas digoreng..tapi tak sempat nk ambil gambar..memandangkan masing-masing tak sabar nak rasa kuih yang dihasilkan..ada yang makan satu dua je..selebihnya hendak bawa balik nak ditunjukkan pada ibu dan ayah..





Khamis, 23 Februari 2012

My Family Tree

Salam 1 Malaysia,

             Ermm sebelum terlupa dan kelupaan..pada tempohari saya dah janji nak letak gambar hasil kerja murid iaitu "my family tree".

 
ini gambara pokok..pokok ini murid boleh warnakan dengan warna krayon. Cikgu boleh bimbing murid cara mewarnakan gambar dengan warna krayon.
gambar buah epal di atas cikgu boleh buat salinan dengan kertas A4 warna merah. Kemudian beri pada murid untuk digunting. Dan dalam buah epal itu, murid boleh tampal gambar ahli keluarga mereka.


ini adalah sebahagian hasil kerja murid. Aktiviti ini boleh dibuat di rumah bersama ibubapa murid. Ini percubaan pertama mereka..tahniah mereka berjaya menghasilkannya.

Mari Mengenal Warna

Salam 1 Malaysia,

             Minggu ini..murid-murid diperkenalkan dengan warna...Alhamdulillah 90% daripada mereka sudah kenal warna dengan mudahnya. Saya banyak menekankan dalam penggunaan Bahasa Inggeris yang terdapat dalam tunjang komunikasi. Banyak aktiviti yang dapat saya jalankan melalui warna ini. Antara aktiviti yang menarik seperti membuat kolaj bunga..
bila murid dah warna ikut warna yang dikehendaki murid boleh gunting dan tampal. Setelah itu, murid boleh menambah batang dan rumput..sangat cantik contohnya sperti di bawah

 ini adalah hasil kerja saya untuk abm dan sebagai contoh kepada murid. Sekiranya mudah untuk dilihat oleh murid, cikgu boleh fotokopi gambar bunga itu dan besarkan, warna, gunting dan  boleh dilekatkan pada manilakad.

Selain aktiviti di atas murid juga boleh membuat aktiviti seperti ini


bagi murid warnakan ikut pada arahan..dan aktiviti tambahan murid boleh gunting dan gantung buat mobil bintang. Mesti mereka seronok..itu cadangan aktiviti. Sekiranya kawan-kawan ada aktiviti yang lebih menarik lagi bagus..

Aktiviti yang lain pula buat mini book's warna..mereka juga dapat membaca perkataan mudah dalam Bahasa Inggeris dengan bimbingan guru..aktiviti ini boleh dilayari di laman www.education.com/worksheet di sini cikgu-cikgu boleh print mini book's yang ada..dan murid boleh buat colouring mini book's contohnya

 murid boleh baca, warna ikut kehendak lembaran dan gunting. Kemudian tampal pada kertas manilakad. Melalui aktiviti ini, murid boleh kenal perkataan mudah dalam BI dan seterusnya boleh dijadikan bahan bacaan mereka di rumah. Mereka tentu suka..dan ini saya tunjukkan contoh hasil yang saya telah buat untuk murid baca di sekolah





cubalah..tentu aktiviti dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan dapat memupuk mereka minat membaca bahan yang mudah ini..



Ahad, 12 Februari 2012

Family Finger Puppets

Salam 1 Malaysia,

             Pada waktu yang sama semalam hari sabtu yang sekolah..saya ada buat aktiviti membuat family finger puppets pada murid. Aktivitinya sangat mudah. Ada aktiviti menggunting dan mewarna gambar ahli keluarga ( kemahiran motor halus ). Alhamdulillah dalam masa 40 minit mereka berjaya menyiapkan aktiviti tersebut..dan saya turut sertakan link untuk aktiviti ini www.crayola.com situ ada contohnya..atau terus klik pada image di bawah..

worksheet dari www.crayola.com


Nilah hasilnya ermm tak nampak sangat sebab kecil ikut jari murid..Tahniah semua muridku..

               Ada lagi aktiviti yang saya buat selain dari family finger puppets ni..aktiviti family tree..masih ada murid lagi yang belum siapkan salahsilah keluarga mereka..jadi family tree tu projek murid bersama penjaga atau ibubapa mereka di rumah..insyaAllah dah siap semua nanti saya akan upoadkan hasil kerja mereka.