Halaman

Khamis, 3 Januari 2013

Minggu Suai Kenal & Orientasi

Salam 1 Malaysia,



             Alhamdulillah sudah 2 hari kita di tahun baru 2013. Alhamdulillah hari ini segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Murid-murid prasekolah pada tahun baru ini seramai 24 orang. 11 orang lelaki dan 13 orang murid perempuan, kesemuanya berumur 6 tahun. Pada minggu ini tema Minggu Orientasi. Jika semalam ada yang menangis tapi hari ini semuanya ok. Hari ini murid di bawa berjalan-jalan..bukan jalan-jalan cari makan atau cuci mata..tapi jalan-jalan untuk melihat persekitaran sekolah. Semua seronok bila di bawa keluar berjalan-jalan, walaupun dalam kawasan sekolah. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan nama-nama bilik-bilik dan tempat yang terdapat di dalam kawasan sekolah.


Beratur sebelum bergerak ke destinasi yang ingin dilawati


Bergambar di dalam Makmal Bahasa


Melihat beberapa model pakaian di dalam Perpustakaan
Setelah selesai lawatan di persekitaran sekolah, murid seperti biasa diberi rehat selama 5 minit. Kemudian mereka membuat aktiviti menggentel dan menampal kertas pada bentuk huruf dalam kumpulan.






Inilah hasil kerja kami murid prasekolah Permata Hati 2013

Muhammad Arief dan Mohammad Aiman Danial

Naurah Ibtisam, Nuraliah Izzati dan Nurliyana Balqis

Nur Fatin Arissya, Nur Fatin Nabila dan Amiratul Fatini

Yang comel chubby Puteri Syazwina Adriana, Siti Alliesya Damia dan Nur Irdina Natrisya

Maisara Harisya dan Nea Edrisya Karmilla

Muhammad Afiq Aiman, Muhammad Aliff Zakhwan dan Muhammad Khairy

Muhamad Harith, Iman Mustaqim dan Muhamad Aliff Aikal

Cute dan suke bergambar namanya Muhammad Azfaruddin, Mohamad Farizal dan Muhammad Amzar Zakwan
Tahniah semua anak muridku kerana telah berjaya melaksanakan aktiviti ini. Cantikkan hasil kerja mereka?!.. Erm rasanya itu sahaja untuk malam ini. Sekiranya ada aktiviti yang menarik lagi insyaAllah saya akan kongsikan bersama..Sekian Terima Kasih..Selamat Malam..



1 ulasan:

  1. comelnya...anak ibu (zakhwan) pun ada....go syg semoga mjadi ank yg cerdik pandai dgr kata cikgu n mama rose ye.. :)

    BalasPadam