Salam 1 Malaysia,
Alhamdulillah sudah 2 hari kita di tahun baru 2013. Alhamdulillah hari ini segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Murid-murid prasekolah pada tahun baru ini seramai 24 orang. 11 orang lelaki dan 13 orang murid perempuan, kesemuanya berumur 6 tahun. Pada minggu ini tema Minggu Orientasi. Jika semalam ada yang menangis tapi hari ini semuanya ok. Hari ini murid di bawa berjalan-jalan..bukan jalan-jalan cari makan atau cuci mata..tapi jalan-jalan untuk melihat persekitaran sekolah. Semua seronok bila di bawa keluar berjalan-jalan, walaupun dalam kawasan sekolah. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan nama-nama bilik-bilik dan tempat yang terdapat di dalam kawasan sekolah.
|
Beratur sebelum bergerak ke destinasi yang ingin dilawati |
|
Bergambar di dalam Makmal Bahasa |
|
Melihat beberapa model pakaian di dalam Perpustakaan |
Setelah selesai lawatan di persekitaran sekolah, murid seperti biasa diberi rehat selama 5 minit. Kemudian mereka membuat aktiviti menggentel dan menampal kertas pada bentuk huruf dalam kumpulan.
Inilah hasil kerja kami murid prasekolah Permata Hati 2013
|
Muhammad Arief dan Mohammad Aiman Danial |
|
Naurah Ibtisam, Nuraliah Izzati dan Nurliyana Balqis |
|
Nur Fatin Arissya, Nur Fatin Nabila dan Amiratul Fatini |
|
Yang comel chubby Puteri Syazwina Adriana, Siti Alliesya Damia dan Nur Irdina Natrisya |
|
Maisara Harisya dan Nea Edrisya Karmilla |
|
Muhammad Afiq Aiman, Muhammad Aliff Zakhwan dan Muhammad Khairy |
|
Muhamad Harith, Iman Mustaqim dan Muhamad Aliff Aikal |
|
Cute dan suke bergambar namanya Muhammad Azfaruddin, Mohamad Farizal dan Muhammad Amzar Zakwan |
Tahniah semua anak muridku kerana telah berjaya melaksanakan aktiviti ini. Cantikkan hasil kerja mereka?!.. Erm rasanya itu sahaja untuk malam ini. Sekiranya ada aktiviti yang menarik lagi insyaAllah saya akan kongsikan bersama..Sekian Terima Kasih..Selamat Malam..
comelnya...anak ibu (zakhwan) pun ada....go syg semoga mjadi ank yg cerdik pandai dgr kata cikgu n mama rose ye.. :)
BalasPadam