CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 27 Jun 2011

Program Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Prasekolah SUB-NKRA Prasekolah ( Lonjakan 6 Bintang ) JPNS 2011

Salam 1 Malaysia..

26 Jun 2011-28 Jun 2011 adalah tarikh pergi ke Hotel Vistana Kuala Lumpur. Pergi bukan untuk bercuti..atau bersuka-suka pergi untuk menuntut ilmu....pada awalnya rasa macam malas saja hendak pergi almaklumlah baby kecil lagi baru je 3 bulan..lepas itu..faham-fahamlah susu.....Tapi bila mengenangkan rasa macam rugi kalau tak pergi..jadi dengan semangat yang berkobar-kobar ku gagahkan jua..
Jadual malam ni pukul 8.00 mlm -9.00 mlm ada Ucaptama yang disampaikan oleh Ketua Unit Prasekolah iaitu En.Sezali b. Mohamad Kamal.. 9.00 mlm - 10.00 mlm pula ada "Bicara Pemantap Usaha" yang disampaikan oleh Tn.Hj.Abd.Aziz b. Othman iaitu Ketua Unit Jaminan Kualiti JPNS. Dalam ucapan beliau banyak memberi kata-kata semangat kepada kami sebagai guru prasekolah..apa yang disampaikan oleh beliau semuanya terkena pada diri sendiri..beliau ada menyatakan guru-guru prasekolah kebanyakkannya lebih suka "i follow je" dan malu-malu, beliau lebih suka guru-guru prasekolah lebih "mengeksposkan diri" (menonjolkan diri) dari segi kemahiran, kreativiti, pengalaman, pandangan dan sebagainya supaya dapat bersama dan seiring dengan guru-guru lain di sekolah..malah petikan slide beliau ada menyatakan bahawa..

" Kecemerlangan Adalah Satu Pilihan Bukannya Satu Kebetulan, Bukan Sesuatu Yang Ditunggu, Tetapi Perlu Diusahakan Dan Dicapai"





Tiada ulasan:

Catat Ulasan