Hari ini mengajar murid bermain dengan warna air. Murid hari ini di ajar membuat kraft batik lukis. Alhamdulillah semuanya berjaya, di tambah pada hari ini juga, saya dicerap oleh dua orang guru iaitu Guru Besar dan GPK 1. Berdebar juga rasanya, almaklumlah dah lama tidak dicerap. Bila dicerap tu cakap pun boleh tersasul ehhheee. Yang bagusnya bila dicerap ini, kita tahu kelemahan kita masa mengajar. Di samping kita pun belajar. Sekurang-kurangnya bila mendapat teguran tidaklah mengulangi perkara yang sama ketika menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Ermm dah macam ayat assignment pula...Oklah...apa yang penting, murid seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Bukan selalu aktiviti menggunakan warna air di jalankan. Lihat kepada kesesuaian juga. Di bawah adalah sebahagian gambar batik lukis tangan yang dibuat oleh murid.
Cantikkan hasilnya, walaupun nampak comot sikit..yang penting hasil itu mereka buat sendiri. Nampak keasliannya. Saya bimbing mereka buat dengan warna kesukaan mereka. Itu yang nampak keasliannya.
ini contoh bbm oleh cikgu batik lukis tangan |
Salam. Cikgu Rose, nak tanya...macam mana nak hasilkan warna putih sekeliling garis gambar tu yer...
BalasPadamWaalaikumusalam ikut gambar asal dengan warna crayon putih...
BalasPadam