CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 1 November 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar & Konvo Prasekolah

Salam 1 Malaysia,

              Alhamdulillah selesai sudah HAKP bersama dengan Konvokesyen Prasekolah Permata Hati 2012. Lega rasa hati bila semuanya dah selesai. Boleh dikatakan agak kelam kabut sedikit disebabkan oleh ketiadaan mama Rosma yang kebetulan pada hari yang sama 'mama' berkursus di Port Dickson. Tap alhamdulillah rasa syukur sangat-sangat dapat bantuan dari semua ibubapa /penjaga termasuk AJK waris prasekolah yang hadir bagi membantu saya. Murid prasekolah sempatlah di hias wajahnya untuk tarian bollywood pada awal persembahan semasa aturcara majlis dijalankan. Debar jantung cikgu pra, itu baru cikgu, tak tahulah perasaan anak murid membuat persembahan itu.

Terima kasih kepada Pn. Norhayati yang sudi membantu menghias murid prasekolah untuk persembahan

Ibu Tuah Putra Hakimi walaupun ada kerja pagi itu, tapi sempat juga hendak menolong meyiapkan murid.

kredit juga Pn. Suria Ibrahim dan Normaya Kamaruddin yang turut membantu

Keadaan murid yang masih bersiap untuk persembahan penuh kelas pra semalam

Twist twist...menari ala retro yang penting asyik mereka menari..dapat tepukan gemuruh dari semua penjaga. Tahniah murid-muridku
  Bercerita mengenai tarian bollywood ini, semasa mereka asyik menari tiba-tiba ada kesilapan teknikal yang membuatkan lagu yang dipasang itu terhenti sekejap. Apa lagi murid pun berhenti menari..dan cutenya masing-masing dapat sambung semula dengan gaya yang sama tiada salah satu pun..bagus anak muridku semua. Semua hadirin yang hadir masa hari tersebut terpegun. YB Zainal pun goyang kaki ikut rentak lagu yang dipasang. ( ^_~)_v!!!

Ini selepas bergambar, siapkan murid untuk menerima anugerah dan sijil
 Tahniah kepada murid prasekolah yang berjaya. Dan sekali ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat ibubapa dan ajk waris yang terlibat menajyakan majlis ini.

2 ulasan: