CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 15 Julai 2013

More Quilling Roses & Step Stair Card

Salam 1 Malaysia,

             Pada entri kali ini, saya letakkan picture kad jemputan yang telah saya buat untuk persaraan Guru Besar SK PULAPAH iaitu Pn. Hajjah Norma Ahmad tempohari. Alhamdulillah dah selesai pun majlis makan malam tersebut. Simple je, inginkan kelainan, maka terhasil kad jemputan tersebut.

Kad Jemputan Makan Malam Persaraan Guru Besar

Ok, gambar di bawah ini pula tempahan dari seorang hamba Allah special for someone..sama seperti yang di atas. Buat pengetahuan rakan guru, saya suka buat dan belajar buat quilling ni. Untuk ambil tempahan buat masa ini memang tidak ada kesempatanlah. Setakat untuk 2 - 3 keping tu bolehlah buat. Untuk tempahan yang banyak tu tak sanggup rasanya. Buat quilling ini hanya sebagai hobi dan suka-suka. 

Kad Birthday Special..^^

Satu lagi kad birthday yang saya cuba baut sendiri. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan bagi saya. Tak tahulah pandangan orang lain. Ini namanya kad Step Stair Card. Kad ini saya buat untuk kali yang ke 4. Kad yang sebelumnya telah pun diberi pada rakan guru yang berminat, sebagai cenderahati dan tanda kenangan-kenangan.


special birthday card with quilling cake and roses



5 ulasan: