CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 6 November 2011

Kipas Terbang

Salam 1 Malaysia,

           Semalam ajar murid buat kertas terbang..nak bagi mereka hilang penat berlatih nyanyi..minggu ni sibuk dok melatih murid nyanyian gerakan untuk persembahan masa Hari Kecemerlangan Akademik Pelajar 2011
( Konvokesyen ).
           Ok..saya nak tunjuk cara-cara membuat kipas terbang..bahan-bahan yang diperlukan kertas A4, gunting dan warna pensel @ crayon..
           Cara-cara membuatnya..sila rujuk gambar dibawah ini..tengok dan buat tau...(^_^)

 lipat sebahagian daripada kertas A4 ni.. 
Gunting bahagian kertas A4 yang telah dilipat tadi
Kemudian lipat kepada dua bahagian spt di atas

Dan ini hasil daripada lipatan dua tadi

Setelah itu, lipat dua cuma sebahagian sahaja spt di atas ye..

Lepas itu lipat lagi dalam 1 cm sahaja selepas lipat yang mula-mula tadi

Dan kemudian gunting sebahagian sahaja untuk dijadikan bilah kipas pada garisan lipatan yang mula-mula tadi.

Setelah gunting bahagian bilah kipas itu, gunting sedikit bahagian bawah pada garisan lipatan yang kedua pula kiri dan kanan

Setelah menggunting bahagian tepi kiri dan kanan tadi..perlu dilipat ke bahagian dalam spt gambar di atas

Dan ini hasil lipatan kiri dan kanan pada bahagian bawah bilah kipas terbang

Dan ianya akan jadi spt gambar di atas

Selesai menggunting dan melipat, bolehlah lukis bilah kipas terbang tadi ikut kreativiti masing-masing

Setelah lukis bolehlah diwarnakan bilah kipas itu dengan cantik..
Dan nah ini hasil kerja murid dengan kreativiti masing-masing..



              Kipas terbang ini boleh dilepaskan dengan memegang bahagian 1 cm yang telah dilipat tadi..ianya akan berpusing cam kipas..semua murid saya gembira dan seronok dengan melepaskannya jatuh ke bawah lantai..
Selamat mencuba....!!!!
          

1 ulasan: