CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 5 Ogos 2012

Lawatan Penanda Aras Di SK Palong 1

Salam 1 Malaysia,

           Akhirnya dapat juga buat lawatan penanda aras di SK Palong 1, yang telah lama kami rancang bersama dengan guru besar sejak dari tahun lepas. Kebetulan pada masa yang sama sekolah saya masuk dicalonkan untuk masuk bertanding dalam APT ( Anugerah Prasekolah Terbilang) dalam kategori 3K. SK Palong iaitu prasekolahnya telah menjadi Johan dalam pertandingan tersebut pada tahun 2010. Sebelum ini prasekolahnya juga banyak menempa kejayaan dan anugerah  APT dalam pelbagai kategori dari tahun 2009 sehingga tahun 2010.

           Objektif lawatan tersebut adalah sebagai panduan dan rujukan pada kami sebagai guru untuk menambahbaik apa yang telah ada dan wujud di prasekolah dan sekolah. Selain dari itu, ia sebagai pembakar semangat kepada kami untuk berusaha lebih gigih lagi dalam 3K, seterusnya dapat mewujudkan suasana bermakna semasa bermain di dalam penjanaan minda kanak-kanak.

           Di sini terdapat gambar-gambar yang kami snap semasa lawatan tersebut.
Pondok bacaan dalam kelas..

kawasan luar kelas..ini adalah sebahagian sahaja
Ruang rehat
tepi bahagian ruang makan, mural ini dilukis dan diwarnakan oleh PPM SK Palong 1..Pn. Suzilah

alat bantu mengajar dalam kelas..














Anugerah yang telah diterima...







sebenarnya ada banyak lagi gambar yang kami snap..tapi ini sahaja yang dapat saya upload..menunggu buffer dia berpusing-pusing lama sangat. Gambar yang saya masukkan ini pun hampir 2 hari.. walauapapun ini sahaja yang dapat saya kongsi...terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan