CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 9 November 2012

Solar System Craft.

Salam 1 Malaysia,

             Alhamdulillah..hari ini terakhir murid-muridku bersekolah di prasekolah permata hati. Walaupun esok dah cuti, murid-murid prasekolah masih di ajar membuat kraf mudah. Kraf yang murid hasilkan ini adalah satu projek yang dibuat bersama penjaga/ibubapa di rumah. Hasilnya sangat memuaskan. Murid-murid masih mengingati kedudukan planet-planet di angkasa. Susunan dalam kraf tersebut pun betul. Tahniah kepada mereka yang berjaya menghasilkan kraf mudah ini. Terima kasih kepada ibubapa yang membantu murid melaksanakan kraf tersebut. Bahan-bahan yang digunakan adalah kertas warna hitam, pen marker gold, gam, gunting dan lembaran kerja gambar-gambar planet ( bahasa Inggeris ). Dan di bawah adalah gambar hasil daripada projek bersama penjaga/ibubapa di rumah.

hasil kraf cakerawala  Qalam Hamidi dan ibunya Pn. Suria Ibrahim

hasil kraf oleh Affan Hanafi dan ibunya Pn. Norhayati 

Hasil kraf oleh Nurkaisah Khairina dan Abangnya Haziq

Hasil kraf oleh Intan Nur Raihana dan bapanya En. Rozlan


Inilah murid yang berjaya menghasilkan kraf dan projek My Solar System Craft

Tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya menghasilkan kraf ini. Sebahagian lagi ada yang disiapkan di sekolah. Tidak mengapa, yang penting mereka ingat kedudukan planet itu. Mereka juga turut di ajar dengan nyanyian lagu 9 planet hasil ciptaan cikgunya sendiri. Alhamdulillah mereka ingat nama-nama planet dalam bahasa Malaysia pula. Nama-nama planet yang di ajar kepada murid. Murid turut di tayangkan dengan video keadaan planet-planet di angkasa di laman youtube.

Sun- Matahari
Mercury - Utarid
Venus - Zuhrah
Earth - Bumi
Mars - Marikh
Jupiter - Musytari
Saturn - Zuhal
Uranus - Uranus
Neptune - Neptun
Pluto - Pluto








7 ulasan:

  1. aktiviti p&p yang menarik. blog yang cantik, menarik dan kemas..tahniah cikgu..

    BalasPadam
  2. Tahniah cikgu..cantik dan menarik!!

    BalasPadam
  3. blog yang menarik. harap sy dapat gunakan bbrapa aktiviti disini dgn murid LINUS sy.

    BalasPadam
  4. terima kasih kepada cikgu Adrian Sintek, Cikgu Siti dan cikgu Rizal Hazni atas komen anda. Silalah ambil yang cikgu rasa menarik dan boleh digunakan untuk p&P cikgu.

    BalasPadam
  5. this activities is good, and this enables for student easy to understand the structure of solar system.

    BalasPadam
  6. Tahniah cikgu, menarik sungguh aktiviti ni.. saya nak cuba buat untuk tema saya tahun depan... mudah2an saya dapat kerjasama dengan ibu bapa juga seperti cikgu...

    BalasPadam