CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 19 November 2012

UPSR

Salam 1 Malaysia,

              Alhamdulillah, keputusan UPSR telah keluar pada hari ini..Dan syukur alhamdulillah murid-murid telah berjaya dan mengetahui keputusan UPSR mereka. Seramai 20 orang murid tahun 6 yang telah menjalani peperiksaan. Seramai 4 orang yang telah berjaya mendapat 5 A, dan 4A 1B pula seramai 3 orang dan selebihnya ada yang mendapat 3A, 2A,1A dan lain-lain lagi.  Mereka menerima slip peperiksaan UPSR daripada Guru Besar. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Pada yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang janganlah bersedih, perjuangan masih belum selesai dan bukan terhenti setakat UPSR sahaja. Berusaha lagi untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Mungkin rezeki tidak pada UPSR, mana tahu akan lebih berjaya pada peperiksaan PMR, SPM atau barangkali STPM dan seterusnya.. InsyaAllah,kamu semua boleh..
            Walaupun saya bukan guru yang mengajar mereka. Tapi separuh daripada mereka adalah bekas anak murid prasekolah yang saya pernah ajar dahulu. Cikgu bangga dengan kamu semua. Tahniah sekali lagi cikgu ucapkan. Jutaan terima kasih kepada pihak Pengurusan, PIBG, barisan Ajk PIBG, guru-guru tahun 6, guru-guru, staf sokongan, ibu bapa dan semua warga SK PULAPAH  yang banyak membantu dan memberi sokongan pada program-program sekolah sepanjang tahun 2012.




             Di dalam entri ini juga, saya paparkan gambar-gambar semasa majlis penyampaian slip peperiksaan UPSR kepada pelajar.




Ibubapa/penjaga yang hadir menunggu keputusan anak-anak mereka dengan penuh debaran

Ucapan oleh Guru Besar SK Pulapah.

Ahmad Hasbullah b, Mohd. Yusoff

Amirl Khir Ezzad b. Jalani

Farah Nabila bt. Abdullah

Fatin Nur Jiha bt. Abu Samah

Annas Hafizi b. Daud

Marfuatul Nafissa

Muhd. Izzat Hairi b. Doman

Muhd. Farizuan b. Yazid

Muhd. Tarmizi b. Mohd. Daros

Muhd. Khairil b. Ghazali

Nur Aiman b. Shahari

Mujahid Zahin b. Lokman

En. Sahir Sayon bapa wakil kepada anaknya Nor Syahirah

Nur Ain bt. Yusof


Nur Iriesya Miera

Nur Izzlin bt. Zakaria

Nur Shahada Azzalina


Wajah-wajah ceria pelajar yang mendapat 5A


Tahniah semua dan syabas di ucapkan..


1 ulasan:

  1. Tahniah cikgu! Satu perkongsian yang sangat baik. Moga ia berterusan agar dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama. Terima kasih.

    BalasPadam