CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 29 Mei 2015

Alhamdulillah Rezeki Anak Didikku

Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat,


      Alhamdulillah, hari ini hari terakhir sekolah dalam minggu ini sebelum cuti sekolah pada esok, iaitu 30 Mei 2015, lapang sikit hati ini, sebab baru saja selesai Karnival Sukaneka dan Mini Olahraga Prasekolah Peringkat Daerah Jempol Jelebu, di Sekolah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks. yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 27 hingga 28 Mei 2015 ( Rabu dan Khamis ). Tahniah diucapkan kepada tuan empunya tanah yang berjaya dalam melaksanakan program ini dengan jayanya. Tidak lupa kepada Ajk dan urusetia yang memberi kerjasama yang baik semasa program itu dijalankan.

       Alhamdulillah nak maklumkan juga, peserta iaitu murid SK PULAPAH turut menyertai dalam program tersebut di mana kami menyertai 3 acara sukaneka dan 3 lagi acara olahraga. Tahniah kepada anak-anak didiku yang berjaya mendapat tempat di dalam acara sukaneka Jumping Ball iaitu Naib Johan dan juga Tempat ke 3 dalam acara larian 50meter lelaki. Syabas!! tahniah anak didikku..Semoga kejayaan sentiasa mengiringi anda. Selebihnya anak didikku yang tidak berjaya mendapat tempat... Insha Allah ada rezeki anda di kemudian hari. Walau apa pun, bagi cikgu dan ppm merasakan anak didik prasekolah semuanya berjaya dalam melaksanakan program tersebut. Sebanyak 59 buah kelas prasekolah yang menyertai sukaneka dan olahraga yang dijalankan di sekolah tersebut. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan