CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 9 Julai 2011

Kursus Bahasa Inggeris Prasekolah Putri Garden Hotel Klang

Salam 1 Malaysia

Tempohari pada 5 - 7 Julai 2011, saya guru prasekolah hadir di Hotel Putri Garden Hotel untuk menjalani kursus dalaman yang telah diadakan oleh Unit Kurikulum Prasekolah JPNS. Alhamdulillah...selesai sudah..dan baru hari ini saya dapat memasukan gambar dan segala aktiviti yang dijalankan sepnajang kursus tersebut..


Alhamdulillah juga sebab dengan adanya kursus Bahasa Inggeris ini dapatlah saya meningkatkan kefahaman saya dalam mengajar murid dan mendalami makna KSPK ( Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ).
Banyak aktiviti yang dijalankan ketika saya berada di sini..seramai 98 guru yang hadir bagi menjalani kursus ini..antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan ialah aktiviti berkumpulan membuat bahan bantu mengajar yang menarik..iaitu diorama, buku cerita tentang ayat mudah dalam Bahasa Inggeris, phonetic learning..dan sebagainya..hasil kerja yang telah dibuat akan dibentang dalam kumpulan yang telah diberi..saya berada dikumpulan 3. Setiap kumpulan guru ada 10 orang..bila ramai guru banyaklah idea yang kreatif dapat dilaksanakan oleh guru-guru prasekolah..guru prasekolah memang hebat!!

inilah sebahagian hasil yang berjaya dibuat oleh guru-guru prasekolah dalam kumpulan masing-masing. Ini namanya adalah diorama..dan pelbagai tema telah dibuat iaitu tema haiwan di air, tema haiwan di hutan, tema keluarga dan sebagainya..aktiviti seperti ini banyak memberi input supaya kami lebih kreatif lagi dalam menghasilkan bahan bantu mengajar dalam Bahasa Inggeris. Apa-apapun terima kasihlah kepada Unit Kurikulum, barisan Jurulatih Utama, barisan guru-guru prasekolah dari seluruh daerah yang hadir kursus ini..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan