CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 4 Julai 2011

Larian 1M 1S Serentak 1 Malaysia

Salam 1 Malaysia.

Hmmm.... malam ni baru ada kesempatan nak upload gambar-gambar di hari kejadian pada Sabtu 2 Julai 2011. Sibuk pula sepanjang hari dari pagi sampai ke petang...hmmmmm semua murid terlibat dalam larian 1M 1S Serentak 1 Malaysia. Larian ini dapat sambutan dari YDP PIBG dan barisan Ajk yang turut serta menjayakan program ini..tak lupa juga waris daripada murid-murid SK PULAPAH juga turut serta memeriahkan aktiviti ini. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada barisan guru-guru SK PULAPAH, YDP PIBG dan barisan Ajk serta semua murid yang terlibat dalam menjayakan program ini..Syabas!!!



ini barisan murid prasekolah bersama guru pra dan GPK 1 En. Mohd Noor, En.Syahrul Reza dan En. Mohd Izzuddin



YDP PIBG dan barisan ajk serta waris murid-murid SK PULAPAH membuat aktiviti warming up sebelum larian



Hmmmm menanti saat untuk berlari...sabar menunggu =)




 para ibu bapa turut serta untuk berlari bersama-sama dengan murid-murid


tak sempat nak kejar ambil gambar jauh dah murid dan waris berlari


ini nak lari ke nak posing ni..barisan cikgu wanita yang cun comel...hihihi =)






ini aktiviti sukaneka prasekolah yang dijalankan iaitu membaling gula-gula dengan mulut


ini pula aktiviti pertandingan mewarna gambar 1M 1S yang dibuat di dalam prasekolah, guru dan ppm pun turut mewarna gambar bersama murid..




ini hasil mewarna gambar dari murid prasekolah dari kiri hingga ke bawah adalah pemenang 1 hingga ke pemenang ke 3

ini pemenang saguhati tempat ke 4 dan ke 5


debaran menunggu saat untuk mengetahui siapa juara bagi acara sukaneka dan pertandingan mewarna..





inilah wajah-wajah ceria murid prasekolah yang telah memenangi acara sukaneka dan pertandingan mewarna gambar..tahniah diucapkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan