CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 9 Julai 2011

Sabtu Yang Kena Sekolah

Salam 1 Malaysia..

Ermmm penatnya balik dari sekolah letih dengan sengal-sengal pula kaki ni..almaklumlah Sabtu kena sekolah gantikan dengan aktiviti bulan kecergasan. Aktiviti pagi tadi buat senaman erobik, dah lama tak buat senaman tu yang kaki jadi sengal dan letih tu. Instructor aktiviti dikendalikan oleh Pn. Zuraidah Aluwi guru yang pandai menari poco-poco..hehhehe dari tak tahu buat senaman poco-poco jadi pandai pula..seronok ye..

Murid-murid ini memang baguslah..ada yang berniaga jualan kecil-kecilan sebelum aktiviti senam dijalankan..ada yang berniaga dadih, minuman, aiskrim..kalau sikap macam ni boleh jadi peniaga muda yang berjaya..tapi murid yang terlibat dalam aktiviti bulan kecergasan ni dari tahun 3 hingga tahun 6..ni gambar cikgu yang jadi master mind menggalakkan murid berniaga iaitu En. Md. Zolman Che Man ( Guru KH ).



Boleh dikatakan ada 4 gerai jualan kecil-kecilan yang telah berjaya murid buat..tahniah kepada guru dan murid- murid yang memeriahkan aktiviti hari ini...

 inilah barisan guru-guru perempuan yang comel-comel siap sedia untuk membuat senaman erobik..ermmm lepas ni pula aktiviti gotong-royong luar kawasan kelas dan seterusnya aktiviti membersihkan bilik-bilik khas..tahniah kepada guru-guru, murid-murid yang berjaya menghadirkan diri di hari sabtu dan seterusnya menjalankan aktiviti yang telah dirancang..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan