CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 1 Disember 2012

Lembaran Kerja untuk Awal Tahun

Salam 1 Malaysia,
        
                                   

            Alhamdulillah hari ini baru ada kesempatan hendak mengupdate blog prasekolah. Walaupun cuti sekolah..tapi cikgu seperti saya kadang-kadang cuti-cuti inilah masa hendak menyiapkan apa yang perlu untuk tahun hadapan. Sibuk dengan membuat rekod, failing murid yang baru, takwim 2013, rekod daftar murid prasekolah, membersihkan dan menceriakan dalam dan luar kelas prasekolah bersama dengan pembantu pengurusan murid untuk persediaan tahun hadapan. Kalau diikutkan masa 24 jam itu tak cukup rasanya..banyak yang perlu dibuat.

Oh ya, pada petang ini, saya ingin berkongsi lembaran kerja yang saya upload daripada satu laman web di www.a-heart4home.blogspot.com. klik pada free printable di dalam pautan laman tersebut. Lembaran menulis dan mewarna gambar Aa - Zz. Sekiranya ianya berguna untuk murid-murid, rakan-rakan guru boleh download terus gambar yang saya masukkan dalam entri ini.























Inilah sahaja yang dapat saya kongsikan pada petang, insyaAllah akan datang saya akan upload lagi bahan atau lembaran kerja yang bersesuaian untuk kanak-kanak prasekolah. Rajin-rajinlah layari laman blog saya ini. Selamat berhujung minggu dan sekian terima kasih




5 ulasan:

  1. Thanksss...!!! suke la blog akak ni. AKak, nak mtk tlg skit blh? Sy cikgu baru yg dipostingkan di Sarawak.Dpt kelas baru. Terkapai2 lagi cari momentum. Blh tak akak tlg listkan keje ape yg perlu disediakan bagi persiapan awal tahun masuk pra. Hrp dpt bantu sy.Huhu.Apepon TQ 4 de info =)

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas komen. Sebelum tu, nak minta maaf sbb lewat balas mesej anda. Boleh, insya Allah..akak boleh listkan.. antaranya cikgu kena; takwim prasekolah, carta gantt daripada takwim, carta organisasi waris dan pihak pengurusan, senarai nama murid di tampal pada fail kerja murid, jadual waktu pra, tema mingguan prasekolah, penyediaan buku rancangan mengajar, rancangan tahunan prasekolah, sekiranya ada masa buat pamplet prasekolah untuk mesyuarat kali pertama dengan penjaga dan ibubapa, visi dan misi sekolah sekiranya cikgu kreatif boleh buat visi dan misi prasekolah yang cipta sendiri..untuk keterangan lanjut boleh email saya terima kasih.. saya bantu setakat mana yang mampu..

    BalasPadam
  3. terima kasih akakkk...!!! sangat berguna apa yang akak bg nie. Sy share ng kwn2 n tlg pomot blog akak jgk. hehe... Dari list yg akak bagi insyaAllah la kitaorang tahu n boleh nak wat tp carta gantt tu jer... tak tahu cane nak wat.pePOn syukran kak... Smoge Sukses selalu. love u =)

    BalasPadam