CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 18 Mei 2013

Decorate Cupcakes & Doughnuts

Salam 1 Malaysia,

              Erm ada satu lagi aktiviti yang saya lupa untuk 'updatekan' dalam blog prasekolah ini. Aktiviti ini adalah daripada tema makanan. Murid-murid saya diajar bagi menghias kek cawan mereka. Melalui aktiviti ini, murid-murid dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka dengan menghias kek cawan. Malah dapat meningkatkan kemahiran kreativiti mereka untuk menghias kek cawan dengan sendiri.

             Aktiviti yang sama bagi tema tersebut ialah menghias donat yang telah mereka uli sendiri. Mereka diajar menghias donat dengan menggunakan coklat masakan dan manik-manik urai. Alhamdulillah secara keseluruhannya, murid-murid Berjaya melaksanakan aktiviti yang diberi dengan bimbingan guru dan juga PPM. Apa yang penting ialah saya dapat memberikan pengalaman baru kepada mereka. Daripada proses pengajaran dan pembelajaran tersebut mereka juga dapat mengenali beberapa jenis warna dalam makanan. Untuk krim kek cawan, saya hanya menggunakan whipping cream dan 3 jenis pewarna makanan. Daripada 3 jenis pewarna makanan tersebut saya dapat menghasilkan 6 lagi jenis warna krim yang berbeza, antaranya merah, kuning, biru, hijau, jingga, ungu dan hijau.

Murid-murid menghias kek cawan dengan whipping cream yang telah saya siap diwarnakan dengan menggunakan pewarna makanan.

Murid menghias kek cawan dengan cream warna biru.





gambar di atas adalah aktiviti bagi menghias kek cawan.
 
Dua versi donat pelangi bentuk bebola dan bentuk gelung/cincin

Murid menghiaskan donat pelangi yang telah siap digoreng dengan homemade coklat dan manik-manik urai

inilah antara hasil murid yang terbaik...

 Gambar di atas adalah aktiviti menghias donat dengan coklat dan manik-manik urai dan coklat urai.
 
 Terbaikkk...!!!


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan