CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 20 Mei 2013

Free Worksheet & Free BBM

Salam 1 Malaysia,

 

              Malam ini, saya ingin kongsikan lembaran kerja yang saya temui di laman pendidikan iaitu http://e-classroom.co.za/ di laman tersebut, banyak lembaran kerja yang menarik dan mungkin boleh dijadikan sebagai lembaran kerja tambahan pada murid prasekolah rakan-rakan. Antaranya yang menarik saya temui dan sempat download seperti link di bawah ini:





Oh ya sebelum itu, saya juga ingin kongsikan bahan bantu mengajar nombor untuk menceriakan kelas prasekolah. Ini juga saya temui dalam laman web pendidikan iaitu acupcakefortheteacher blogspot com. Rakan-rakan boleh terus link ke laman tersebut dan klik kepada label "Freebies" di situ banyak bahan bantu mengajar secara percuma boleh didownload. Di bawah ini saya sertakan bahan bantu mengajar yang sempat saya download dari laman tersebut


Sebelum mengundur diri, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mengambil bahan-bahan yang telah saya kongsikan di sini. Kepada rakan-rakan yang telah melayari dan mengambil bahan-bahan ini, jangan lupa tinggalkan jejak anda ye..^^ Selamat Malam semua..!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan