CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 20 Jun 2013

Fireman Craft

Salam 1 Malaysia,

             Aktiviti pada minggu lepas iaitu tema pakaian. Aktiviti membuat kraf pakaian ahli bomba. Terlebih dahulu murid diperkenalkan dengan pakaian-pakaian seragam, dan salah satunya adalah pakaian ahli bomba ketika memadam api kebakaran. Dalam aktiviti ini juga, mereka dapat mengecam dan mengenalpasti kedudukan setiap bahagian anggota badan dan menampalnya dengan betul. Selain itu aktiviti Sains dan Teknologi iaitu dalam matematik konsep ruang. Di bawah adalah hasil kraf yang berjaya mereka laksanakan. Jika rakan-rakan ingin helaian lembaran kraf ahli bomba itu,  rakan-rakan boleh terus melayari di laman web pendidikan iaitu: http://learncreatelove.com/ dengan menaip printable of fire fighter craft. Cubalah, sudah tentu kanak-kanak gembira dengan aktiviti ini. 

               Oh ya, selain aktiviti ini, di laman web tersebut ada banyak lembaran kraf yang menarik dan sememangnya percuma, dan boleh download terus. Kraf tersebut boleh membina daya kreativiti kanak-kanak prasekolah. Selamat melayari laman web tersebut..(^_^)v!!







Tahniah buat anak-anak muridku..semua pandai dan berjaya menampalnya dengan kemas dan cantik..^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan