CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 27 Jun 2011

Toturial Pembinaan Dan Pengemaskinian Blog Prasekolah

Salam 1 Malaysia..

Sejuknya duduk dalam dewan ini..hmm hari ini guru-guru prasekolah dibimbing untuk membuat laman blog prasekolah masing-masing. Program ini banyak memberi input dalam membina laman blog..dari segi teori dan praktikal. Alhamdulillah akhirnya dapat juga buat blog sendiri..tapi banyak perlu ditambah baik. Rasa cemburu juga tengok hasil blog rakan-rakan guru semasa kursus..semuanya ada input dan menarik..dari tidak tahu kepada tahu..walaupun masih ada yang belum siap..tapi masing-masing main peranan untuk saling bantu membantu..

inilah wajah guru-guru prasekolah..walaupun masih belum siap bina laman blog tapi muka masih lagi ceria..tapi hati Allah saja yang tahu..=). Semoga ilmu yang disampaikan dari pagi hingga petang ini dapat di praktikkan (in house training) bersama rakan di sekolah nanti..InsyaAllah..cuba jaya!!

Program Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Prasekolah SUB-NKRA Prasekolah ( Lonjakan 6 Bintang ) JPNS 2011

Salam 1 Malaysia..

26 Jun 2011-28 Jun 2011 adalah tarikh pergi ke Hotel Vistana Kuala Lumpur. Pergi bukan untuk bercuti..atau bersuka-suka pergi untuk menuntut ilmu....pada awalnya rasa macam malas saja hendak pergi almaklumlah baby kecil lagi baru je 3 bulan..lepas itu..faham-fahamlah susu.....Tapi bila mengenangkan rasa macam rugi kalau tak pergi..jadi dengan semangat yang berkobar-kobar ku gagahkan jua..
Jadual malam ni pukul 8.00 mlm -9.00 mlm ada Ucaptama yang disampaikan oleh Ketua Unit Prasekolah iaitu En.Sezali b. Mohamad Kamal.. 9.00 mlm - 10.00 mlm pula ada "Bicara Pemantap Usaha" yang disampaikan oleh Tn.Hj.Abd.Aziz b. Othman iaitu Ketua Unit Jaminan Kualiti JPNS. Dalam ucapan beliau banyak memberi kata-kata semangat kepada kami sebagai guru prasekolah..apa yang disampaikan oleh beliau semuanya terkena pada diri sendiri..beliau ada menyatakan guru-guru prasekolah kebanyakkannya lebih suka "i follow je" dan malu-malu, beliau lebih suka guru-guru prasekolah lebih "mengeksposkan diri" (menonjolkan diri) dari segi kemahiran, kreativiti, pengalaman, pandangan dan sebagainya supaya dapat bersama dan seiring dengan guru-guru lain di sekolah..malah petikan slide beliau ada menyatakan bahawa..

" Kecemerlangan Adalah Satu Pilihan Bukannya Satu Kebetulan, Bukan Sesuatu Yang Ditunggu, Tetapi Perlu Diusahakan Dan Dicapai"





Jumaat, 24 Jun 2011

Happy Birthday Nur Hurin Najla

Salam 1 Malaysia..

Genaplah 6 tahun hari ini muridku si Hurin ( Nur Hurin Najla ) menyambut majlis hari lahirnya di kelas pra bersama rakan-rakan. Sungguh seronok mereka semua..yelah tengok kek pun diorang dah menelan air liur..comel sungguh design keknya..sampai cikgu dan mama pun berangan nak beli kek mcm tu masa birthday anak-anak nanti..apa-apa pun warga pra mengucapkan " SELAMAT HARI JADI HURIN "...terima kasih goodies untuk kami..





Alhamdulillah kek ni cukup semua anak muridku makan..nyum nyum nyum sedap betul rasa kek ni...=)

10 Minute Reading

Salam 1 Malaysia,
Murid setiap hari sampai awal biasanya bas sampai dalm pukul 7.15 pagi...bagi mengisi kekosongan masa yang terluang setiap hari murid ini membaca big book bahasa malaysia, buku sukukata dan kad sukukata secara kumpulan..ada yang membaca secara individu..dan mereka akan bertukar kad atau buku yang mereka telah baca





aktiviti sebegini dijalankan sebelum saya memulakan P&P pada setiap hari..

Isnin, 20 Jun 2011

Topeng Singa

Salam 1 Malaysia...

Hari Isnin kembali lagi..seperti biasa hari ini tak sabar nk mengajar murid-murid buat topeng singa..aktiviti hari ini lepas aktiviti membaca, murid-muridku diajar cara nk membuat topeng singa..mula2 fotostat helaian ini atau download gambar singa dari pautan http://animaljr.com...cari printable wild animals mask..banyak topeng haiwan liar..kemudian bersama-sama murid kita mewarna menggunakan crayon..setelah siap, tampal pada manilakad. Setelah itu, gunting gambar topeng singa dan tebuk lubang dan ikatkan getah pada kiri kanan topeng tersebut..Sekarang lihat hasilnya..

ini contoh bbm guru untuk murid


dari kiri :- Muhd. Ihtisham, Amirul Irfan, Muhd. Nabil Naim dan Muhd Adam Danial


dari kiri :- Nur Syahira Natasya, Nureen Zalieya Qistina, Nur Syafiah Balqis dan Nur Hurin Najla


dari kanan:- Muhd Amirullah, Ahmad Sadiqin, Muhd Alif Adha dan Muhd. Heidi Haikal..
 haa inilah hasil daripada semua muridku cantik kan!!!

Sabtu, 18 Jun 2011

Warga SK PULAPAH


Inilah barisan warga SK PULAPAH 2011 semasa Sambutan Hari Guru
 "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"
Berdiri Atas dari kiri: En. Mohd Azhanorazam Kamis, En. Syahrul Rezza Mohd Zamri, En. Md. Zolman Che Man, Pn. Zain Nurain Zainal Abidin, Pn. Mimi Marlini Mat Rozi, Pn. Noor Hida Noh, Pn. Zuraidah Aluwi, Pn. Seri Pawati Kasrol, Pn. Norijah Lok Mat dan Pn. Rosmayanty Rosly.
Berdiri Bawah dari kiri: EnEn. Syed Zulkefli Syed Ismail (GPK KO), Mohd. Norsani Mahat (GPK HEM), En. Shahriman Yusoff  (YDP PIBG), Pn. Hjh. Norma Ahmad ( Guru Besar ), En. Mohd. Noor Ramli (GPK 1), Pn. Noraliza Yahid dan Pn. Nor Hafizah Md. Razi.

Rabu, 15 Jun 2011

Aktiviti hari ini membuat kraf itik daripada kertas A4..sperti biasa lah murid warnakan gambar itik menggunakan crayon..setelah itu diorang menggunting dan mencantumkan bahagian badan itik tersebut. Setelah mereka mencantum menjadi itik..itik tadi ditampal di atas warna..dan hasilnya cantik dan comel



inilah hasilnya..cantik kan....

Baru Belajar...

Assalamualaikum...
Ermm dah lewat malam...hmmm mata pun dah mengantuk..tapi semangat nak buat blog..mata yang mengantuk pun hilang..Alhamdulillah dah pndai sikit-sikit nk buat blog. Hmmm godek-godek..tengok contoh blog prasekolah kawan-kawan lain yang banyak input rasa macam semangat nak tambah..bukan tiru atau ciplak..cuma tengok mana link atau widget yang menarik mereka tambah...barulah dapat idea..hmmm baru nampak menarik blog prasekolah saya ni...cuma nak kongsi link dengan kawan-kawan yang baru nak berjinak-jinak dengan buat blog..sekiranya nak tambah jam atau masa, atau apa-apa widget yang menarik bolehlah teman-teman klik pada link ini FreeFlashToys.com , http://widgetindex.blogspot.com dan http://adiwidget.blogspot.com . Silalah mencuba teman-teman, pasti menyeronokkan!!

Menu Apa Hari ini?

Salam 1 Malaysia..
Hari ini kita cerita pasal menu pula...ppm saya buat kudapan murid roti arab pulapah..(nama PULAPAH tu tambah sendiri) hmmm boleh tahan juga sedapnya..cecah pula dengan kari sardin..lglah terangkat..murid saya yang seorang ni pula asyik tengok ke dapur je..hmm mungkin dalam hati bila lah nk makan ni..perut dah lapar..kesian pula..,bila ppm dh siap hidang makanan murid-murid terus saya suruh murid berhenti buat kerja dan beratur makan..sibuk diorang tnya "menu apa kita arini mama?'' tnya murid.."Roti Arab PULAPAH.." kata mama. Hmm bkan main riang hati anak muridku almaklumlah baru kali kedua makan roti ni..minggu sebelumnya tk cukup rotinya..harini mama siapkan banyak sedikit..cukuplah untuk murid makan...sempat lagi saya melihat cara mama membuat doh roti ni..








 inilah rotinya sedap tau cubalah buat..bahan-bahannya seperti kita nk buat doh donat..

Isnin, 13 Jun 2011

Biri-Biriku

Salam 1 Malaysia..
Selamat kembali ke prasekolah murid-muridku..tentu seronok cuti sekolah dua minggu..ada yang bercerita mereka pulang ke kampung..ada yang sedih tk balik kampung tinggal di rumah sahaja..apa-apapun mereka gembira bila kembali ke sekolah..

Pada minggu ni tema haiwan ternakan..hari ini murid-murid seronok membuat kraft bentuk haiwan ternakan dari kotak terpakai..mmg mudah membuatnya



ermmm mula fotostat helaian kat atas utuk murid warnakan guna krayon..sebelum tu kenalah ajar murid nk warna gambar ni..bila dh siap warna  gunting gambar kambing biri-biri ni dan tampal pada kotak ambil wafer apollo yang dah tk guna lagi kemudian bila dh kering baru gunting dan inilah hasilnya


ini hasil contoh guru untuk ditunjukkan pada murid


inilah hasil kerja kraf murid-murid ku...cantik kan!!

Rabu, 8 Jun 2011

Laman Web Yang Berguna Untuk Semua Rakan Guru

Assalamualaikum..
Malam ini nak kongsi laman web berguna untuk rakan guru..ada aktiviti yang menarik dalam laman web ini. Saya sudah menjalankan aktiviti ini mula pada tahun lepas..hasil craft memang cantik sesuai untuk murid-murid kita..cuba anda klik pada pautan ini http://www.crayola.com/crafts/ sudah tentunya anak murid kita rasa seronok dengan hasil kraft yang cantik dan comel..