CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 31 Januari 2013

Puzzle Buah Epal

Salam 1 Malaysia,

             Aktiviti pada minggu lepas..membuat puzzle buah epal.Aktiviti ini adalah aktiviti kemahiran motor halus. Alhamdulillah kesemua murid dapat melaksanakan dengan jayanya atas bimbingan guru. Mulanya murid dikehendaki mewarna gambar epal tersebut kemudian, murid dikehendaki gunting gambar buah epal mengikut garisan putus-putus. Selepas itu, mereka dikehendaki menampal semula di atas kertas warna A4.
Rakan-rakan boleh download gambar buah epal tersebut di SINI bahagian Themes dan klik pada Apples..di dalam pautan tersebut ada gambar tersebut.

             Sini saya ingin kongsikan hasil puzzle buah epal yang telah berjaya mereka laksanakan.


Hasil kerja oleh Nurliyana Balqis

Sharifah Maryam

Amiratul Fatini

Muhamad Harith

Ini adalah contoh daripada cikgu

Khamis, 24 Januari 2013

Class Rules

Salam 1 Malaysia,



             Hampir jam 3.30 pagi..mata masih belum mengantuk. So, nak luang masa untuk mendownload bahan terbaru yang saya eksplore di laman web..saya nak kongsi bahan yang saya jumpa ini. Harap rakan-rakan sudi melihat dan mendownloadnya..Oh ya, saya terlupa pula apa nama blog tu.. tapi takpe, saya letakkan link yang boleh rakan-rakan download.. Sekiranya berminat bolehlah klik di SINI. Bahasa Inggeris yang digunakan sangat simple dan mudah difahami. If rakan-rakan berminat dan berjaya mendownload peraturan tersebut sila tinggalkan komen pada entri ini ye..Sekian sahaja untuk pagi..ada bahan yang menarik lagi InsyaAllah saya akan kongsikan bersama anda..

Selasa, 22 Januari 2013

C for Cat

Salam 1 Malaysia,

             Alhamdulillah, hari ini masih ada kesempatan untuk mengupdate blog. Sibuk sangat pada minggu ini. Pada pagi ini ambil masa sekejap untuk masukkan aktiviti murid semalam. Semalam murid membuat aktiviti C for Cat. Aktiviti ini menggunakan kemahiran motor halus murid dengan menggunakan gunting. Alhamdulillah murid dapat membuat aktiviti ini dengan bimbingan saya. Apapun mereka seronok apabila dapat menghasilkan kraf bentuk kucing.

 Template di atas boleh download ke link sini

Ini contoh dari cikgu

Hasil kerja Nuraliah Izzati

Hasil kerja oleh Harith

Hasil kerja oleh Amiratul Fatini
Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya menghasilkan kraf ini. Rakan-rakan bolehlah mencuba. Sekian terima kasih. Sesiapa yang telah berjaya download template gambar kucing tu, sila tinggalkan komen pada entri ini.



Khamis, 3 Januari 2013

Minggu Suai Kenal & Orientasi

Salam 1 Malaysia,



             Alhamdulillah sudah 2 hari kita di tahun baru 2013. Alhamdulillah hari ini segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Murid-murid prasekolah pada tahun baru ini seramai 24 orang. 11 orang lelaki dan 13 orang murid perempuan, kesemuanya berumur 6 tahun. Pada minggu ini tema Minggu Orientasi. Jika semalam ada yang menangis tapi hari ini semuanya ok. Hari ini murid di bawa berjalan-jalan..bukan jalan-jalan cari makan atau cuci mata..tapi jalan-jalan untuk melihat persekitaran sekolah. Semua seronok bila di bawa keluar berjalan-jalan, walaupun dalam kawasan sekolah. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan nama-nama bilik-bilik dan tempat yang terdapat di dalam kawasan sekolah.


Beratur sebelum bergerak ke destinasi yang ingin dilawati


Bergambar di dalam Makmal Bahasa


Melihat beberapa model pakaian di dalam Perpustakaan
Setelah selesai lawatan di persekitaran sekolah, murid seperti biasa diberi rehat selama 5 minit. Kemudian mereka membuat aktiviti menggentel dan menampal kertas pada bentuk huruf dalam kumpulan.






Inilah hasil kerja kami murid prasekolah Permata Hati 2013

Muhammad Arief dan Mohammad Aiman Danial

Naurah Ibtisam, Nuraliah Izzati dan Nurliyana Balqis

Nur Fatin Arissya, Nur Fatin Nabila dan Amiratul Fatini

Yang comel chubby Puteri Syazwina Adriana, Siti Alliesya Damia dan Nur Irdina Natrisya

Maisara Harisya dan Nea Edrisya Karmilla

Muhammad Afiq Aiman, Muhammad Aliff Zakhwan dan Muhammad Khairy

Muhamad Harith, Iman Mustaqim dan Muhamad Aliff Aikal

Cute dan suke bergambar namanya Muhammad Azfaruddin, Mohamad Farizal dan Muhammad Amzar Zakwan
Tahniah semua anak muridku kerana telah berjaya melaksanakan aktiviti ini. Cantikkan hasil kerja mereka?!.. Erm rasanya itu sahaja untuk malam ini. Sekiranya ada aktiviti yang menarik lagi insyaAllah saya akan kongsikan bersama..Sekian Terima Kasih..Selamat Malam..