Salam 1 Malaysia,
Aktiviti yang dijalankan pada minggu ini ialah tema sayur-sayuran. Di bawah adalah antara aktiviti bagi tema sayur-sayuran.
|
tomato |
|
lobak merah |
|
terung |
|
kubis |
untuk aktiviti yang saya paparkan, anda perlu melipat dua bahagian kertas, arahkan murid-murid untuk mewarna gambar sayuran tersebut. Seterusnya mengguntingnya mengikut garisan putus-putus. Setelah itu, guru akan memberi seorang sedikit kapas/ fiber glass ( spt kapas tp berkilat sedikit )/ kertas A4 yang dikeronyokkan, untuk diletakkan di bahagian dalam sayuran yang digunting itu. Kemudian guru boleh membantu murid untuk stapler bahagian tepi di sekeliling bentuk sayuran tersebut.
Idea ini adalah asal dari cikgu Raheela, cumanya saya menggunakan bahan seperti fiber glass untuk membentuk sayur itu menjadi kembung. Dan di bawah ini adalah hasil murid-murid yang telah berjaya membuatnya. Cantikkan!
|
Inilah hasil kami.. |
|
Inilah hasil yang berjaya mereka buat..Tahniah!! |
Rakan-rakan guru boleh download terus lembaran tersebut dengan menekan right-click dan save image yang telah saya masukkan dalam entri ini. Selamat mencuba (^^,)v..