CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 14 Februari 2013

Mini Colour Book

Salam 1 Malaysia,

             Pada hari ini, saya ingin kongsikan satu lembaran kerja warna dalam Bahasa Inggeris. Aktiviti ini murid boleh jadikan " Mini Colour Book". Saya ambil lembaran ini daripada satu laman web pendidikan iaitu www.homemade-preschool.com . Rakan-rakan boleh download terus lembaran ini dengan klik pada gambar di bawah. Pada rakan-rakan yang telah download, silalah tinggalkan komen atau ulasan dalam entry ini. Sekian terima kasih ^_^




Rabu, 13 Februari 2013

Gigi Bersih

Salam 1 Malaysia,

            Pada hari Jumaat lepas..murdi-muridku telah menjalani aktiviti memberus gigi yang telah di ajar oleh jururawat-jururawat Klinik Pergigian. Alhamdulillah semua murid dibekalkan dengan berus gigi dan colgate percuma..



Mendengar ceramah ringkas cara menjaga gigi dengan betul

ok tengok macam mana nak berus gigi..

berbaris sambil melihat jururawat menunjukkan cara memberus gigi dengan betul

O is For Owl

Salam 1 Malaysia,

             Alhamdulillah hari ini curi masa sedikit u tuk upload aktiviti pada minggu lepas.. murid menjalankan aktiviti membuat kraft dengan membentuk gambar burung hantu pada huruf o..Lembaran yang saya upload ini adalah dari laman web pendidikan SINI.

Lembaran kerja O is for Owl.

Dan di bawah ini adalah gambar hasil kerja yang dapat dilaksanakan oleh anak muridku..tahniah semua kerana berjaya membuat kraft Owl..








Jumaat, 1 Februari 2013

Mana daunnya?

Salam 1 Malaysia,

             Idea untuk membuat aktiviti adalah idea asal oleh Cikgu Raheela Azlan yang mengajar muridnya membuat semut dengan menggunakan capan jari. Hari ini, saya telah mencuba idea yang sama tapi lembaran yang berbeza. Murid di ajar membuat daun pokok dengan menggunakan capan jari sahaja. Sangat mudah. Murid pun seronok bila membuat aktiviti. Aktiviti bermain warna. Hasilnya sangat cantik.

ini template yang saya ambil dari laman web..pinterest maaflah saya lupa apa nama blognya..

hasil capan jari Aliff Aikal


ini contoh oleh cikgunya

 Nea Edrissya Karmilla



ini antara hasil kerja yang murid buat

 Alhamdulillah cantikkan? hasil kerja mereka semua..Tahniah anak muridku