CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 13 September 2011

Merdeka Raya

Salam 1 Malaysia,

Aktiviti mewarna gambar tema merdeka ( ambil gambar dari cikgu Dayat Shahid ~ terima kasih cikgu ). Masa ni murid dah dipesan ada pertandingan mewarna..jadi semangat mereka membawa peralatan untuk mewarna. Pertandingan ni diadakan di dalam kelas prasekolah je..tapi apa-apapun yang penting semua murid seronok..
Dalam pertandingan hasil kerja murid ini  dinilai oleh juri dari sekolah ni iaitu En. Mohd Norsani Mahat merupakan GPK HEM. Cikgu ni kira pandai dalam seni visual terutama dalam membuat mural yang kreatif. Prasekolah ni pun banyak meminta bantuan dari membuat mural dari beliau..( sempat lagi promote )..
Ni lah hasil murid yang berjaya mendapat tempat pertama ( Ahmad Sadiqin Zainal Mokhtar )




Dalam pada itu juga, mereka turut di ajar membuat kad raya berbentuk ketupat dan pelita..semua hasil mereka buat saya pamerkan pada pusat kreativiti murid..meriahlah papan pada pusat tu penuh dengan hasil kerja mereka..yang seronoknya bila hasil kerja mereka dipamerkan semua murid berkata "wah cantiknya..!" ermmm hehe senyum je cikgunya dengar...=))



cantik..cantik..hasilnya memang memuaskan...kad raya ketupat dan pelita =))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan