CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 29 September 2011

Sukan Tahunan Sekolah Ke 25

Salam 1 Malaysia,

            Alhamdulillah selesai sudah sukan tahunan sekolah kali ni..semuanya berjalan lancar..selesai pada pukul 1 ptg td..terima kasih atas semua kerjasama dari barisan guru & Ajk PIBG, anggota PULAPOL, kakitangan dan staf serta murid-murid yang telah menjayakan program ini..

           Murid prasekolah turut terlibat dalam sukan tahunan ni..murid telah menyertai dalam sukaneka yang telah kami rancang selama ni..murid prasekolah terlibat dalam 3 acara sukaneka iaitu pundi kacang berjalan ala model, aiskrim gergasiku melompat dan piramid nombor..Seronok melihat mereka berlari dan sungguh dalam sukaneka ni. Yang paling tk tahan bila ada murid nk nangis masa bola dia jatuh untuk acara aiskrim gergasi melompat dengan mukanya nk menangis bawa kon aiskrim tu berlari sebab takut kalah..hehhehe...=)

           Selain acara balapan untuk murid, sekolah juga ada membuat acara sukaneka untuk ibubapa, Ajk PIBG dan pegawai sukan pada sukan tahunan kali ini..alhamdulillah mendapat sokongan dari mereka..dan ramai yang menyertai bagi memeriahkan program ini.. antara acaranya adalah bomba kampung, boling padang dengan tarik tali untuk Ajk PIBG dan guru..



























 

                Alhamdulillah selesai semuanya..lega rasanya..inilah semua gambar yang diambil ketika acara itu berlangsung..sekalung budi penghargaan pada semua guru, Ajk PIBG, pegawai-pegawai Pulapol, staf kakitangan sekolah, ibubapa, murid-murid dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung pada acara sukan tahunan pada kali 25 ini..ribuan terima kasih semua menjayakan program ini..Terima Kasih Daun Keladi..Tahun Depan Kita Buat Lagi...


          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan