CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 21 Jun 2013

Lembaran Mewarna Haiwan

Salam 1 Malaysia,

              Kongsi lagi bahan yang baru saja saya jumpa untuk tema haiwan. Lembaran ini saya download dari sebuah laman web pendidikan luar negara. Saya hanya  menaip bahan 'printable  A-Z Zoo Animal Coloring Pages' di http://welovebeingmoms.blogspot.com. Ok, sini saya akan kongsikannya pada rakan-rakan guru. Sekiranya rakan-rakan sudi terus saja klik pada image dan save image di bawah..
 










 

 
Ini saja yang sempat saya download untuk petang ni, selebihnya rakan-rakan boleh terus klik di laman yang telah saya kongsikan pada semua. Jangan lupa tinggalkan komen dan jejak anda setelah anda download bahan ini ye..sekian terima kasih^^
 
 

Pakaian Ballerina

Salam 1 Malaysia,


              Ingin kongsi bahan yang saya jumpa di laman web pendidikan membuat  pakaian penari ballet. Teruja sangat nak buat..akhirnya jadi juga hasilkan kraf pakaian penari ballet.


ini hasil guru prasekolah untuk percubaan pertama

ini hasil guru semasa membuat bersama dengan murid

tahniah anak murid yang Berjaya menghasilkan pakaian penari ballet

 
Sini saya ingin kongsikan lembaran pakaian penari ballet yang saya jumpa di laman web pendidikan luar negara..

 
saya gunakan kertas warna warni yang dulu-dulu tu, saya pun dah lupa apa nama kertas tu.. kertas tu lembut sikit, so saya ajar anak murid melipat skirt itu seperti membuat kipas kertas, kemudian ambil gam sapu di bahagian pinggang baju tersebut dan tampal..hasilnya seperti gambar yang tertera di atas.
 
Sekiranya, rakan-rakan sudi bolehlah klik dan save gambar lembaran di atas. Oh ya sekiranya tiada kertas warna seperti di atas boleh gunakan tisu muka pun tidak apa..tapi hati-hati semasa ingin melipatnya kerana mudah terkoyak.. selamat mencuba ^^



Khamis, 20 Jun 2013

Printable Crafts Activity

Salam 1 Malaysia,



             Hari ini ingin kongsi bahan lembaran kraf menarik dari laman pendidikan iaitu http://learncreatelove.com/. Ada beberapa lembaran kraf yang menarik yang telah saya download dari laman tersebut. Ini adalah sebahagiannya, sebenarnya ada banyak..tapi ini saja yang sempat saya download. Pada rakan guru yang berminat bolehlah download terus dengan klik pada perkataan yang saya letakkan dalam entri ini. Saya harap dengan perkongsian bahan ini dapat membantu rakan guru dalam menjalankan aktiviti di prasekolah. Sudi-sudikanlah download ye..



Oh ya pada rakan-rakan yang sudi download bahan-bahan ini bolehlah tinggalkan jejak anda ok.. Sekian terima kasih ^^..

Fireman Craft

Salam 1 Malaysia,

             Aktiviti pada minggu lepas iaitu tema pakaian. Aktiviti membuat kraf pakaian ahli bomba. Terlebih dahulu murid diperkenalkan dengan pakaian-pakaian seragam, dan salah satunya adalah pakaian ahli bomba ketika memadam api kebakaran. Dalam aktiviti ini juga, mereka dapat mengecam dan mengenalpasti kedudukan setiap bahagian anggota badan dan menampalnya dengan betul. Selain itu aktiviti Sains dan Teknologi iaitu dalam matematik konsep ruang. Di bawah adalah hasil kraf yang berjaya mereka laksanakan. Jika rakan-rakan ingin helaian lembaran kraf ahli bomba itu,  rakan-rakan boleh terus melayari di laman web pendidikan iaitu: http://learncreatelove.com/ dengan menaip printable of fire fighter craft. Cubalah, sudah tentu kanak-kanak gembira dengan aktiviti ini. 

               Oh ya, selain aktiviti ini, di laman web tersebut ada banyak lembaran kraf yang menarik dan sememangnya percuma, dan boleh download terus. Kraf tersebut boleh membina daya kreativiti kanak-kanak prasekolah. Selamat melayari laman web tersebut..(^_^)v!!







Tahniah buat anak-anak muridku..semua pandai dan berjaya menampalnya dengan kemas dan cantik..^^

Isnin, 20 Mei 2013

Majlis Perpisahan Mantan GPK 1

Salam 1 Malaysia,



             Hari ini jam 1230 tengahari tadi, majlis perpisahan Mantan GPK 1 iaitu En. Mohd. Noor Ramli yang telah berpindah dan bertugas di sekolah baru iaitu SK Yamtuan Antah di Kuala Pilah. Alhamdulillah..akhirnya impian mantan GPK 1 telah pun tercapai, setelah 4 tahun berkhidmat di SK PULAPAH ini.
 


Ini GPK 1 yang baru menggantikan Cikgu Md. Noor Ramli

Ucapan dari Pn. Hjh. Norma Ahmad ( Guru Besar )

Ucapan oleh mantan GPK 1



Cenderahati daripada BKS

Pemberian kad daripada prasekolah

 
Selesai sudah majlis perpisahan ini, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, tercapai juga kami warga prasekolah memberi kad ucapan the big tree card pada mantan GPK 1 ini.. Selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab di sekolah baru.. Selamat Hari Guru buat Cikgu Md. Noor..Jasamu kami kenang selalu..
 

Free Worksheet & Free BBM

Salam 1 Malaysia,

 

              Malam ini, saya ingin kongsikan lembaran kerja yang saya temui di laman pendidikan iaitu http://e-classroom.co.za/ di laman tersebut, banyak lembaran kerja yang menarik dan mungkin boleh dijadikan sebagai lembaran kerja tambahan pada murid prasekolah rakan-rakan. Antaranya yang menarik saya temui dan sempat download seperti link di bawah ini:





Oh ya sebelum itu, saya juga ingin kongsikan bahan bantu mengajar nombor untuk menceriakan kelas prasekolah. Ini juga saya temui dalam laman web pendidikan iaitu acupcakefortheteacher blogspot com. Rakan-rakan boleh terus link ke laman tersebut dan klik kepada label "Freebies" di situ banyak bahan bantu mengajar secara percuma boleh didownload. Di bawah ini saya sertakan bahan bantu mengajar yang sempat saya download dari laman tersebut


Sebelum mengundur diri, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mengambil bahan-bahan yang telah saya kongsikan di sini. Kepada rakan-rakan yang telah melayari dan mengambil bahan-bahan ini, jangan lupa tinggalkan jejak anda ye..^^ Selamat Malam semua..!!!

Ahad, 19 Mei 2013

Aktiviti Menceriakan Pintu Prasekolah

Salam 1 Malaysia,

              Malam ini saya ingin kongsikan aktiviti yang telah saya jalankan bersama PPM bagi menghias pintu prasekolah saya. Sebenarnya projek ini, telah pun lama berlalu dan hasilnya pun menjadi seperti mana yang saya inginkan. Alhamdulillah, akhirnya terlaksana untuk membuat tema burung hantu pada pintu prasekolah. Idea ini adalah ilham dari laman pendidikan prasekolah luar negara yang menghias pintu prasekolah mereka. Bermula dari situ, timbulnya idea yang diubah suai untuk menceriakan pintu prasekolah.
 
Bunga tepi-tepi ambil dari Pn. Fauziah Rahim..masih elok dan boleh digunakan lagi..so taklah dibuang..

Ini dah siap tampal burung hantu siap nama murid serta gambarnya sekali

Daun itu digunting dan dilipat untuk menghasilkan corak ira daun

Inilah hasilnya Berjaya disiapkan oleh kami..Alhamdulillah