CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 21 Oktober 2011

Birthday Boy!!

Salam 1 Malaysia,

             Alhamdulillah..baru-baru ni ada sambutan birthday anak muridku..Mohammad Heidi Haikal..tengok wajah si Heidi gembiranya hingga tak terkata..sepanjang majlis harijadinya senyum je...ada lesung pipit pula tu..comel tengok dia senyum manjang..hehehe...tengok keknya pun dah menarik...siap ada picture Ben10..kartun kegemarannya lah tu...apa kata tengok gambar semasa majlis tersebut diadakan..

Happy Birthday Ady!!! ( nama panggilan )

meriah tengok keknya..perisa coklat...sedap..sedap!! (^_^)


senyum sikit pun dah nampak lesung pipitnya...comel...



happy nyanyi lagu birthday tuk Ady...



Alhamdulillah Heidi dah 6 tahun..saya dah besar...(^_^)_v

               Ribuan terima kasih pada keluarga Ady..yang telah menyediakan kek dan goodies untuk murid kami semua..kami amat gembira dan berbesar hati..


Telefonku..

Salam 1 Malaysia,
 ba..cakkkkkk!!!!

             Alhamdulillah baru dapat online malam ni..sibuk betul sejak akhir-akhir ni..almaklumlah dah hujung tahun ni ada banyak aktiviti nak diadakan..hehehe..
             Minggu tema kemudahan awam dah selesai pun..ni baru nak upload aktiviti yang telah dibuat bersama anak murid. Murid belajar buat aktiviti kraft telefon. Alhamdulillah...selesai dan hasilnya pun sangat menarik..guna bahan terbuang. Aktivitinya sangat mudah..dan inilah gambarnya... hasil daripada mereka..


senyum.....=) hehehe... semua suka dengan hasil tangan mereka sendiri..syabas anak muridku!!

Isnin, 10 Oktober 2011

Lagu Kemudahan Awam

Salam 1 Malaysia,

             Alhamdulillah selesai kerja..dalam selesai kerja pun ada kerja lain nak dibuat..heheh pada hari ini. Ermm tema kemudahan awam..mula-mula kering idea nak ajar macamane..tapi alhamdulillah ada buku dan bahan rujukan dapatlah ajar murid hari ini tentang kemudahan awam..Hari ini ajar murid lagu tentang kemudahan awam..ini pun ada bahan rujukan dari Modul Pengajaran Pembelajaran dan Pembelajaran Bertema yang telah dibekalkan..senang bila ada bahan rujukan ni..heheh..ok ni lagunya..


Kemudahan Awam

Kemudahan awam untuk semua,
Ada tong sampah, gunakan ia,
Ada telefon, mudahkan kita,
Gunakan tandas dengan selesa,
Laa, laa, laa, 
Laa, laa, laa,
Laa, laa, laa, 
 Hidup harmoni aman sentosa.
Kemudahan awam untuk semua,
Masukkan surat dalam peti pos,
Taman permainan, tempat beriadah,
Bila melintas, guna jejantas,
Laa, laa, laa, 
Laa, laa, laa,
Laa, laa, laa, 
Hidup harmoni aman sentosa.

                  ( Melodi : Papa ku Pulang )               

              Macamana ok tak..senangkan..lepas ni bolehlah perkenalkan mereka tentang kemudahan awam..dan bolehlah tunjuk gambar yang ada dalam internet, atau yang betul-betulnya pun ada juga kat sekolah ni..yang penting mereka kenal, ingat, faham dan tahu penggunaan dan tentang kemudahan awam ni..


         

Rabu, 5 Oktober 2011

Jet Terbang

Salam 1 Malaysia,

              Hari ini, ajar murid buat origami jet daripada kertas..Alhamdulillah semua murid dapat buat..heheh bukan mudah nak ajar mereka melipat..kena tunjuk satu-satu..dah tunjuk pun masih ada juga yang tak boleh nk lipat macam cikgunya melipat..takpelah biasalah budak-budak...sabar cikgunya nak mengajar..heheheh
              Di sini saya tunjukkan langkah-langkah yang mudah untuk membuat jet kertas ni..hanya memerlukan sehelai kertas A4 sahaja.


langkah 1: lipat kertas A4 pada dua bahagian seperti di atas


 langkah 2: Lipat bahagian atas tepi kanan dan kiri buat seperti bentuk segitiga ikut garisan lipatan tengah
( di atas )


Langkah 3: Lipat bentuk segitiga tadi ke dalam..seperti di atas


 Langkah 4: Kemudian, lipat dua semula..


Langkah 5: Lepas itu, koyakkan sedikit bahagian hujung tepi..



Langkah 6: Nah..tadi dah koyakkan lepas itu buka balik..dan ianya kelihatan seperti di atas


Langkah 7: Ok, kemudian lipat bahagian tepi kiri dan kanan ikut garisan lipatn tengah membentuk segitiga
seperti gambar di bawah




Langkah 8: Lipat pula bahagian kecil tadi ke atas..tengok gambar kat atas ni ok..


Langkah 9: Ermm lepas tu, lipat dua lagi sekali..heheheh jadi seperti gambar di bawah



Langkah 10: Ok..lepas tu,lipat untuk membentuk sayap seperti di atas, pastikan sama kiri dan kanan
 seperti di bawah juga



Ok..Alhamdulillah akhirnya siap buat jet terbang kertas..mudah je.murid lepas ni bolehlah terbangkannya..aktiviti boleh dimainkan di padang tengok aksi mereka menerbangkan jet terbang mereka..

               Ok selamat mencuba!!!              

Selasa, 4 Oktober 2011

Kereta Kecilku

Salam 1 Malaysia,

             Alhamdulillah..hari ini dapat ajar murid buat aktiviti tema kenderaan. Murid seronok dengan aktiviti kereta kecil merah mereka..aktiviti saya ambil dari pautan ilmu http://www.firstpallete.com dan dalam pautan itu ditunjukkan cara-cara untuk membuat Vehicle Puppet.Tak semua saya tiru..cuma saya olah dan ubah sikit penggunaan warna caryon dan warna pensil.. Cubalah..tentu mereka seronok..

Materials

  • Construction paper
  • Craft sticks or drinking straws
  • Scissors
  • Glue stick
  • Scotch tape
  • Poster paint or crayons
  • Paint brushes
  • Craft knife
  • Pencil
  • Black marker

Steps

Step 1 Vehicle Puppets 1. Draw a straight or curved line along the bottom portion of your sketch paper. This will be the road where the vehicle puppet can move along. You can choose to have a straight road, a hilly road or an inclined one.
Step 2 Vehicle Puppets 2. Draw some background images.
Step 3 Vehicle Puppets 3. Color in your picture with paint and/or crayons.
Step 4 Vehicle Puppets Ask for an adult's help4. Make a slit along the road, leaving a 1.5 to 2 inch margin on both ends.
Step 6 Vehicle Puppets 5. Draw your favorite vehicle, color and cut it out. We also have a printable vehicle template that you might find useful.

*If you want to integrate shapes learning, cut out the vehicle parts from basics shapes and glue them together.
Step 6 Vehicle Puppets 6. Tape a craft stick or drinking straw at the back of the vehicle puppet.
Step 7 Vehicle Puppets 7. Make more vehicle puppets such as a car, bus, truck, or bicycle.
Step 8 Vehicle Puppets 8. To move the vehicle puppet along the picture, insert the puppet's handle through the slit so that the end sticks out from the bottom of the paper. This will allow you to hold and move the puppet along the length of the road.
Step 9 Vehicle Puppets 9. Besides learning about different kinds of vehicles, this craft can also be used as a visual in learning about movements such as forward/back, up/down, and stop/go.


Dan inilah hasil yang dapat dibuat oleh anak murid saya..






 ha macamane ..ok tak hasil yang diorang buat ni..pelbagai warna kereta kecil mereka warnakan...saya pun seronok bila melihat mereka menyanyikan lagu kereta kecil dengan memainkan kereta puppet yang mereka telah buat..