CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan

Selasa, 1 November 2011

Kursus P & P dan Pengurusan Stok Barang.

Salam 1 Malaysia,

             Semalam dari pukul 7.30 pagi gerak ke PPD Jempol Jelebu ada kursus..itu pun tau ada kursus petang Jumaat penyelaras sendiri telefon sekolah..alhamdulillah nasib baik masa tu tak balik lagi..al-maklumlah dah pukul 4 petang..kursus ni mulanya pukul 8 pagi ~ 4 petang, seharian di bilik seminar tu tak boring...input dan ilmu yang dapat pada kursus itu memang sangat bermanfaat untuk guru-guru prasekolah..banyak benda nak dikemas kini setelah dapat maklumat baru ni..

contoh contoh kraft dari pinggan kertas
contoh kraft haiwan daripada pinggan kertas...
Contoh cara nak buat kipas terbang
sing a song..HELLO Song
             Actually, banyak lagi sebenarnya gambar nak di ambil tapi tak sempat..sebabnya banyak juga aktiviti yang dijalankan..macam kraft yang kami buat..jadi dari ilmu yang saya dapat ni boleh lah tunjuk ajar kat anak murid..tentu diorang suka..
            Heheh masa pagi tadi pun, diaorang dah nampak kraft tu pun diaorang dah tak sabar nak buat..'cikgu bila nak ajar kami buat gajah tu?"..
           ( - - )' ermmmmm insyaAllah..jawabku...( pinggan kertas tak beli lagi.....)


Sabtu, 9 Julai 2011

Kursus Bahasa Inggeris Prasekolah Putri Garden Hotel Klang

Salam 1 Malaysia

Tempohari pada 5 - 7 Julai 2011, saya guru prasekolah hadir di Hotel Putri Garden Hotel untuk menjalani kursus dalaman yang telah diadakan oleh Unit Kurikulum Prasekolah JPNS. Alhamdulillah...selesai sudah..dan baru hari ini saya dapat memasukan gambar dan segala aktiviti yang dijalankan sepnajang kursus tersebut..


Alhamdulillah juga sebab dengan adanya kursus Bahasa Inggeris ini dapatlah saya meningkatkan kefahaman saya dalam mengajar murid dan mendalami makna KSPK ( Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ).
Banyak aktiviti yang dijalankan ketika saya berada di sini..seramai 98 guru yang hadir bagi menjalani kursus ini..antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan ialah aktiviti berkumpulan membuat bahan bantu mengajar yang menarik..iaitu diorama, buku cerita tentang ayat mudah dalam Bahasa Inggeris, phonetic learning..dan sebagainya..hasil kerja yang telah dibuat akan dibentang dalam kumpulan yang telah diberi..saya berada dikumpulan 3. Setiap kumpulan guru ada 10 orang..bila ramai guru banyaklah idea yang kreatif dapat dilaksanakan oleh guru-guru prasekolah..guru prasekolah memang hebat!!

inilah sebahagian hasil yang berjaya dibuat oleh guru-guru prasekolah dalam kumpulan masing-masing. Ini namanya adalah diorama..dan pelbagai tema telah dibuat iaitu tema haiwan di air, tema haiwan di hutan, tema keluarga dan sebagainya..aktiviti seperti ini banyak memberi input supaya kami lebih kreatif lagi dalam menghasilkan bahan bantu mengajar dalam Bahasa Inggeris. Apa-apapun terima kasihlah kepada Unit Kurikulum, barisan Jurulatih Utama, barisan guru-guru prasekolah dari seluruh daerah yang hadir kursus ini..=)

Isnin, 27 Jun 2011

Toturial Pembinaan Dan Pengemaskinian Blog Prasekolah

Salam 1 Malaysia..

Sejuknya duduk dalam dewan ini..hmm hari ini guru-guru prasekolah dibimbing untuk membuat laman blog prasekolah masing-masing. Program ini banyak memberi input dalam membina laman blog..dari segi teori dan praktikal. Alhamdulillah akhirnya dapat juga buat blog sendiri..tapi banyak perlu ditambah baik. Rasa cemburu juga tengok hasil blog rakan-rakan guru semasa kursus..semuanya ada input dan menarik..dari tidak tahu kepada tahu..walaupun masih ada yang belum siap..tapi masing-masing main peranan untuk saling bantu membantu..

inilah wajah guru-guru prasekolah..walaupun masih belum siap bina laman blog tapi muka masih lagi ceria..tapi hati Allah saja yang tahu..=). Semoga ilmu yang disampaikan dari pagi hingga petang ini dapat di praktikkan (in house training) bersama rakan di sekolah nanti..InsyaAllah..cuba jaya!!

Program Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Prasekolah SUB-NKRA Prasekolah ( Lonjakan 6 Bintang ) JPNS 2011

Salam 1 Malaysia..

26 Jun 2011-28 Jun 2011 adalah tarikh pergi ke Hotel Vistana Kuala Lumpur. Pergi bukan untuk bercuti..atau bersuka-suka pergi untuk menuntut ilmu....pada awalnya rasa macam malas saja hendak pergi almaklumlah baby kecil lagi baru je 3 bulan..lepas itu..faham-fahamlah susu.....Tapi bila mengenangkan rasa macam rugi kalau tak pergi..jadi dengan semangat yang berkobar-kobar ku gagahkan jua..
Jadual malam ni pukul 8.00 mlm -9.00 mlm ada Ucaptama yang disampaikan oleh Ketua Unit Prasekolah iaitu En.Sezali b. Mohamad Kamal.. 9.00 mlm - 10.00 mlm pula ada "Bicara Pemantap Usaha" yang disampaikan oleh Tn.Hj.Abd.Aziz b. Othman iaitu Ketua Unit Jaminan Kualiti JPNS. Dalam ucapan beliau banyak memberi kata-kata semangat kepada kami sebagai guru prasekolah..apa yang disampaikan oleh beliau semuanya terkena pada diri sendiri..beliau ada menyatakan guru-guru prasekolah kebanyakkannya lebih suka "i follow je" dan malu-malu, beliau lebih suka guru-guru prasekolah lebih "mengeksposkan diri" (menonjolkan diri) dari segi kemahiran, kreativiti, pengalaman, pandangan dan sebagainya supaya dapat bersama dan seiring dengan guru-guru lain di sekolah..malah petikan slide beliau ada menyatakan bahawa..

" Kecemerlangan Adalah Satu Pilihan Bukannya Satu Kebetulan, Bukan Sesuatu Yang Ditunggu, Tetapi Perlu Diusahakan Dan Dicapai"