CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label Lembaran Kerja Aa-Zz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lembaran Kerja Aa-Zz. Papar semua catatan

Khamis, 20 Mac 2014

Lembaran Suku Kata Baru.

Asslamualaikum wbt,


                Alhamdulillah, hari ini masih ada kesempatan nak kongsi lembaran suku kata yang baru sempat saya keluarkan dari lappy. Di bawah antara lembaran saya sempat kongsikan pada rakan-rakan guru pada khamis yang ceria ini. Semoga rakan-rakan sudi download bahan ini, anda cuma klik pada image dan save dalam komputer anda.






Oklah sampai di sini dulu, nanti ada masa saya masukkan lagi dalam entri ini. Sekian terima kasih..selamat jumpa lagi

Selasa, 11 Februari 2014

Aktiviti Murid Pra

Assalamualaikum w.b.t,

     Alhamdulillah, baru teringat tadi...nak kongsikan aktiviti yang telah berjaya anak-anak murid prasekolah laksanakan sepanjang minggu sebelum Tahun Baru Cina dan sepanjang minggu lepas. Masing-masing seronok dalam aktiviti yang telah dijalankan...






Gambar di atas merupakan aktiviti sempena Perayaan Tahun Baru Cina lalu. Mereka buat kraf topeng naga. 






     Gambar di atas ini pula, lembaran yang saya ambil daripada laman web yang sebelum ini telah saya kongsikan dalam entri yang lepas http://crystalandcomp.com/ .  Ini adalah aktiviti kraf yang berkaitan dengan huruf J is for Jellyfish. Lembaran ini telah saya ubahsuai sedikit iaitu pada gambar jellyfish, agar nampak lebih menarik. 
       Sekiranya rakan-rakan ingin lembaran asal tersebut boleh lihat pada entri sebelum ini. Ok..rasanya sampai sini dulu..nantikan bahan-bahan lain yang ingin kongsikan pada semua. Sekian Terima Kasih..

Selasa, 28 Januari 2014

Lagi Lembaran Kerja Huruf..

Assalamualaikum wbt..


       Alhamdulillah..akhirnya saya dah jumpa laman web yang saya ambil bahan lembaran kraft kreatif huruf tu..laman pendidikan itu adalah Crystal Land Comp. 

So nanti rakan-rakan bolehlah pergi  ke laman tersebut dan download seberapa banyak lembaran percuma. Sekiranya anda rasa tidak sesuai kita boleh ubah ikut kepada kurikulum prasekolah kita. 
      Ok, dengan senang hati saya nak kongsi bahan yang sempat saya donwnload sebelum saya balik ni..


Oklah rasanya setakat ini sahaja, untuk huruf-huruf lain boleh rakan-rakan download sendiri pada link yang saya berikan pada awalnya dalam entri ini.. So selamat mencuba dan sekian terima kasih..

C is for Crab

Assalamualaikum wbt..


       Seperti yang dijanjikan...di sini saya ingi kongsikan lembaran mewarna yang saya jupai dalam laman web pendidikan. Lembaran ini adalah lembaran huruf B is for Butterfly dan juga C is for Crab. Jadi rakan-rakan bolehlah terus download dan save gambar yang masukkan dalam entri ini.. Selamat mencuba..

 C is for Crab

B is for Butterfly

Setakat ini dulu, nanti ada bahan lain saya akan kongsikan lagi ok..Sekian Terima Kasih 

Sabtu, 2 Mac 2013

Q is for Quail

Salam 1 Malaysia,


             Alhamdulillah, malam ini ambil sedikit masa untuk mengupdate blog. Kebelakangan agak sibuk sedikit dengan tugas-tugas seharian di sekolah. Malam ini saya ingin masukkan aktiviti yang murid jalankan beberapa minggu lepas. Maaf agak kelewatan untuk memasukan dalam entry ini. Harap dapat dijadikan panduan dan beri manfaat buat rakan-rakan.
            Murid-murid telah menjalankan aktiviti Q is for Quail. Di bawah adalah lembaran kerja yang saya ambil dari laman web pendidikan iaitu SINI. Rakan guru bolehlah download terusn lembaran dalam laman tersebut. Selamat mencuba!



Inilah hasil dari murid-murid prasekolah permata hati. Tahniah semua..


Selasa, 18 Disember 2012

Find Letter Worksheets

Salam 1 Malaysia,

             Seperti yang telah dijanjikan dalam pautan Download Bahan. Saya ingin menambah bahan lembaran kerja yang hanya sempat saya masukkan Find Letter sehingga huruf d sahaja. Oh ya lembaran kerja tersebut saya download daripada sebuah laman web pendidikan sini, di pautan Alphabets Tracing Worksheet. Hari ini saya ingin menambah lembaran kerja tersebut sehingga huruf z. Harap rakan guru boleh melihat dan download terus pada link ini

Find Letter e,

Find Letter f,

Find Letter g,

Find Letter h,

            Ok selebihnya bolehlah rakan-rakan guru download di pautan Download Bahan. Dipautan tersebut saya masukkan semua lembaran kerja sehingga huruf z..Sekian Terima Kasih..

Sabtu, 1 Disember 2012

Lembaran Kerja untuk Awal Tahun

Salam 1 Malaysia,
        
                                   

            Alhamdulillah hari ini baru ada kesempatan hendak mengupdate blog prasekolah. Walaupun cuti sekolah..tapi cikgu seperti saya kadang-kadang cuti-cuti inilah masa hendak menyiapkan apa yang perlu untuk tahun hadapan. Sibuk dengan membuat rekod, failing murid yang baru, takwim 2013, rekod daftar murid prasekolah, membersihkan dan menceriakan dalam dan luar kelas prasekolah bersama dengan pembantu pengurusan murid untuk persediaan tahun hadapan. Kalau diikutkan masa 24 jam itu tak cukup rasanya..banyak yang perlu dibuat.

Oh ya, pada petang ini, saya ingin berkongsi lembaran kerja yang saya upload daripada satu laman web di www.a-heart4home.blogspot.com. klik pada free printable di dalam pautan laman tersebut. Lembaran menulis dan mewarna gambar Aa - Zz. Sekiranya ianya berguna untuk murid-murid, rakan-rakan guru boleh download terus gambar yang saya masukkan dalam entri ini.























Inilah sahaja yang dapat saya kongsikan pada petang, insyaAllah akan datang saya akan upload lagi bahan atau lembaran kerja yang bersesuaian untuk kanak-kanak prasekolah. Rajin-rajinlah layari laman blog saya ini. Selamat berhujung minggu dan sekian terima kasih