CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label Lirik Kemudahan Awam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lirik Kemudahan Awam. Papar semua catatan

Rabu, 7 Oktober 2015

LATIHAN KEMUDAHAN AWAM

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi,




       Alahmadulillah...pagi ini ambil masa sedikit untuk upload bahan yang lama saya siapkan bagi tema kemudahan awam. Tahun dalu, saya hanya letakkan lagu kemudahan awam, tapi kali ini, saya letakkan bahan lembaran kerja yang saya siapkan bagi tema ini. Sebenarnya agak sukar juga untuk mengajar tema ini jika tiada bahan yang sesuai. Terdapat juga lembaran lain yang saya selitkan dalam tema kemudahan awam.
      Harap-harap rakan-rakan sudi kiranya gunakan bahan lembaran ini sebagai latihan pengukuhan kepada murid. 

Sila klik pada pautan di bawah ini, download secara percuma...



        Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi melayari blog prasekolah ini. Sekian, Terima Kasih



Isnin, 10 Oktober 2011

Lagu Kemudahan Awam

Salam 1 Malaysia,

             Alhamdulillah selesai kerja..dalam selesai kerja pun ada kerja lain nak dibuat..heheh pada hari ini. Ermm tema kemudahan awam..mula-mula kering idea nak ajar macamane..tapi alhamdulillah ada buku dan bahan rujukan dapatlah ajar murid hari ini tentang kemudahan awam..Hari ini ajar murid lagu tentang kemudahan awam..ini pun ada bahan rujukan dari Modul Pengajaran Pembelajaran dan Pembelajaran Bertema yang telah dibekalkan..senang bila ada bahan rujukan ni..heheh..ok ni lagunya..


Kemudahan Awam

Kemudahan awam untuk semua,
Ada tong sampah, gunakan ia,
Ada telefon, mudahkan kita,
Gunakan tandas dengan selesa,
Laa, laa, laa, 
Laa, laa, laa,
Laa, laa, laa, 
 Hidup harmoni aman sentosa.
Kemudahan awam untuk semua,
Masukkan surat dalam peti pos,
Taman permainan, tempat beriadah,
Bila melintas, guna jejantas,
Laa, laa, laa, 
Laa, laa, laa,
Laa, laa, laa, 
Hidup harmoni aman sentosa.

                  ( Melodi : Papa ku Pulang )               

              Macamana ok tak..senangkan..lepas ni bolehlah perkenalkan mereka tentang kemudahan awam..dan bolehlah tunjuk gambar yang ada dalam internet, atau yang betul-betulnya pun ada juga kat sekolah ni..yang penting mereka kenal, ingat, faham dan tahu penggunaan dan tentang kemudahan awam ni..