CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label Haiwan Liar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Haiwan Liar. Papar semua catatan

Ahad, 6 Julai 2014

Lembaran Haiwan Liar

Assalamualaikum wbt,


      Selamat pagi pada semua rakan guru. Pada pagi ini saya ingin kongsikan lagi bahan kraf menarik untuk tema haiwan liar. Lembaran kraf ini saya dapat di dalam laman web pendidikan http://learncreatelove.com/. Di sini saya ingin kongsikan lembaran kraf gajah dan buaya. Anda semua boleh klik pada link di bawah dan terus download.



      Jika rakan-rakan ingin banyak lembaran kraf seperti di atas, boleh layari laman web tersebut. Ok, selamat mencuba rakan-rakan. Sekian, terima kasih..


Isnin, 11 Julai 2011

Animal Stand - Giraffe

Salam 1 Malaysia..

Aktiviti ni sebenarnya dilakukan pada masa tema haiwan liar..minggu ni dah masuk pada tema serangga..tapi disebabkan cikgunya sibuk jadi baru hari ni ada kesempatan nk upload gambar dan aktiviti yang murid buat iaitu stand animal - giraffe..alhamdulillah semua murid dapat membuat aktiviti ni..=)


ini lembaran kerja yang harus cikgu fotostat..kemudian murid dikehendaki mewarna gambar bahagian-bahagian zirafah dan kemudian bahagian zirafah ni akan digunting dan di tampal pada kotak cereal yang tidak digunakan..lepas semua bahagian sudah ditampal, murid dikehendaki gunting semula dan mencantum 2 bahagian yang sama..kemudian potong pada bahagian garisan putus-putus, setelah cantumkan bahagian zirafah ini dengan memasukan bahagian yang potong menjadikan zirafah ini tadi boleh berdiri..



inilah hasil yang murid telah buat..ok tak..sebenarnya banyak lagi stand haiwan yang boleh kita buat dan beri pada murid, dan contoh stand haiwan ini boleh dilayari pada laman web www.crayola.com cubalah teman-teman tentu murid seronok.



Isnin, 20 Jun 2011

Topeng Singa

Salam 1 Malaysia...

Hari Isnin kembali lagi..seperti biasa hari ini tak sabar nk mengajar murid-murid buat topeng singa..aktiviti hari ini lepas aktiviti membaca, murid-muridku diajar cara nk membuat topeng singa..mula2 fotostat helaian ini atau download gambar singa dari pautan http://animaljr.com...cari printable wild animals mask..banyak topeng haiwan liar..kemudian bersama-sama murid kita mewarna menggunakan crayon..setelah siap, tampal pada manilakad. Setelah itu, gunting gambar topeng singa dan tebuk lubang dan ikatkan getah pada kiri kanan topeng tersebut..Sekarang lihat hasilnya..

ini contoh bbm guru untuk murid


dari kiri :- Muhd. Ihtisham, Amirul Irfan, Muhd. Nabil Naim dan Muhd Adam Danial


dari kiri :- Nur Syahira Natasya, Nureen Zalieya Qistina, Nur Syafiah Balqis dan Nur Hurin Najla


dari kanan:- Muhd Amirullah, Ahmad Sadiqin, Muhd Alif Adha dan Muhd. Heidi Haikal..
 haa inilah hasil daripada semua muridku cantik kan!!!