CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label Zon Mewarna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zon Mewarna. Papar semua catatan

Selasa, 26 April 2016

Origami Pakaian

Assalamualaikum...dan Selamat Tengahari,


        Hai kawan-kawan, godek punya godek dalam google terjumpa cara-cara melipat pakaian daripada helaian kertas. Excited mengupload picture nak melipat atau origami ni. Sesuailah dengan tema kita minggu ini pakaian dan aksesori. Rakan-rakan boleh simpan gambar di bawah sebagai rujukan untuk melipat..manalah tahu dah lupa cara nak melipat. 

     Gambar ini saya jumpa di laman kraf dan sesuailah digunakan dalam aktiviti perkembangan fizikal dan estetika atau perkembangan fizikal bagi kemahiran motor halus, Sebagai seorang guru prasekolah, agak mencabar juga jika mengajar anak-anak kita dalam aktiviti melipat ni. Walaupun kita dah tunjuk langkah demi langkah...tapi itulah sebagai seorang guru memang kena banyak sabar... 

        Rakan-rakan boleh klik link di bawah entri dan juga pada gambar rajah cara membuat pakaian di bawah satu persatu, sebagai rujukan




Desain Apron untuk PPM


Rabu, 7 Oktober 2015

LATIHAN KEMUDAHAN AWAM

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi,




       Alahmadulillah...pagi ini ambil masa sedikit untuk upload bahan yang lama saya siapkan bagi tema kemudahan awam. Tahun dalu, saya hanya letakkan lagu kemudahan awam, tapi kali ini, saya letakkan bahan lembaran kerja yang saya siapkan bagi tema ini. Sebenarnya agak sukar juga untuk mengajar tema ini jika tiada bahan yang sesuai. Terdapat juga lembaran lain yang saya selitkan dalam tema kemudahan awam.
      Harap-harap rakan-rakan sudi kiranya gunakan bahan lembaran ini sebagai latihan pengukuhan kepada murid. 

Sila klik pada pautan di bawah ini, download secara percuma...



        Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi melayari blog prasekolah ini. Sekian, Terima Kasih



Khamis, 15 Januari 2015

Lembaran Kenal Huruf

Assalamualaikum wbt,


       Hai selamat malam kawan-kawan, agak lewat juga saya online. Kebetulan baru sahaja selesai menyiapkan satu lembaran untuk murid esok. Malam ini saya ingin kongsi lembaran yang tidak seberapa baik untuk kawan-kawan. Sesiapa yang sudi bolehlah klik pada link di bawah ini.



        Semoga lembaran yang dikongsi beri manfaat pada rakan-rakan semua. Sekian Terima Kasih..



Ahad, 5 Ogos 2012

Lembaran Kerja Mewarna

Salam 1 Malaysia,

             Alhamdulillah, dah ikutkan dah banyak hari kita berpuasa bagi umat islam. Hari ini dah hari 16 kita berpuasa. Kebetulan saya melihat, ada di antara rakan-rakan yang cuba untuk melakukan aktiviti yang terdapat dalam laman blog saya terutama dalam tema haiwan iaitu serangga, jadi di sini saya sertakan lembaran kerja yang senang rakan-rakan nak copy..semua boleh ambil tak perlu minta izin..oh ya sebelum ni saya ada buat jika nak ambil kena minta izin dulu. Tapi takpe rakan-rakan boleh ambil dengan buat double klik..insyaAllah boleh saya dah cuba..di sini saya sertakan lembaran yang saya ambil dari laman www.crayola.com



          



 Lembaran kerja yang di atas ada kaitan dengan tema haiwan seperti serangga..di sini juga saya sertakan lembaran kerja dan aktiviti kraft kraetif untuk tema haiwan liar, haiwan di ladang dan haiwan di air..rakan-rakan boleh copy and share..










Rakan-rakan bolehlah copy mana-mana yang disukai untuk menjalankan aktiviti kraft dan lembaran kerja yang saya share untuk rakan-rakan. Selamat mencuba..terima kasih..



Rabu, 25 Mei 2011

Belajar Mewarna Guna Crayon

Salam 1 Malaysia,

               Harini..anak-anak muridku diajar cara nk mewarna gambar guna warna crayon..ermm mmg sukar pada mulanya almaklumlah baru belajar..susah sikit nk ajar mereka yang sudah terbiasa warna menggunakan warna pensel..kekok pun ada anak-anak murid ku mewarna..tp bila dh diajar dengan cara yang mudah murid ni rasa seronok..


bersungguh-sungguh murid ni mewarna







 ini cikgunya kertas yang di warna untuk mengajar murid


ini hasil guru yang telah siap nk dijadikan contoh bbm pada murid