CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label Latihan Bahasa Inggeris. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Latihan Bahasa Inggeris. Papar semua catatan

Selasa, 26 April 2016

Paper Doll Design

Assalamualaikum & Selamat Pagi,



      Hari ini nak kongsi bahan untuk aktiviti kraf kreatif kanak-kanak dalam menghasilkan anak patung kertas. Lembaran ini saya ambil daripada blog http://kidsactivitiesblog.com/. Menariknya, anak-anak kita boleh desain sendiri pakaian yang terdapat lembaran tersebut dan jadikan seperti anak patung kertas macam zaman kita kanak-kanak dulu.

         Rakan-rakan boleh klik pada link di atas atau link di bawah ini...jika ingin lebih lanjut dan banyak lagi bahan boleh layari laman blog yang berikan pada entri di atas... 



Sekian, Terima Kasih


Khamis, 22 Oktober 2015

Latihan Cakerawala++

Assalamualaikum wbt,


      Hai, selamat malam curi masa sedikit sambil-sambil buat assignment. Malam ini saya ingin kongsikan  lembaran kerja++ yang saya hasil sendiri dengan menggunakan lembaran yang saya cari dari google. 

      Rakan-rakan bolehlah klik pada pautan  di bawah ini,dan gunakan lembaran kerja ini sebagai latihan pengukuhan kepada murid. Sebelum itu, nak minta maaf sekiranya lembaran kerja taklah seberapa. Di harap rakan-rakan sudi-sudikanlah mendownload lembaran kerja ini, temanya Cakerawala..



Selasa, 11 Februari 2014

Aktiviti Murid Pra

Assalamualaikum w.b.t,

     Alhamdulillah, baru teringat tadi...nak kongsikan aktiviti yang telah berjaya anak-anak murid prasekolah laksanakan sepanjang minggu sebelum Tahun Baru Cina dan sepanjang minggu lepas. Masing-masing seronok dalam aktiviti yang telah dijalankan...






Gambar di atas merupakan aktiviti sempena Perayaan Tahun Baru Cina lalu. Mereka buat kraf topeng naga. 






     Gambar di atas ini pula, lembaran yang saya ambil daripada laman web yang sebelum ini telah saya kongsikan dalam entri yang lepas http://crystalandcomp.com/ .  Ini adalah aktiviti kraf yang berkaitan dengan huruf J is for Jellyfish. Lembaran ini telah saya ubahsuai sedikit iaitu pada gambar jellyfish, agar nampak lebih menarik. 
       Sekiranya rakan-rakan ingin lembaran asal tersebut boleh lihat pada entri sebelum ini. Ok..rasanya sampai sini dulu..nantikan bahan-bahan lain yang ingin kongsikan pada semua. Sekian Terima Kasih..

Sabtu, 2 Mac 2013

Q is for Quail

Salam 1 Malaysia,


             Alhamdulillah, malam ini ambil sedikit masa untuk mengupdate blog. Kebelakangan agak sibuk sedikit dengan tugas-tugas seharian di sekolah. Malam ini saya ingin masukkan aktiviti yang murid jalankan beberapa minggu lepas. Maaf agak kelewatan untuk memasukan dalam entry ini. Harap dapat dijadikan panduan dan beri manfaat buat rakan-rakan.
            Murid-murid telah menjalankan aktiviti Q is for Quail. Di bawah adalah lembaran kerja yang saya ambil dari laman web pendidikan iaitu SINI. Rakan guru bolehlah download terusn lembaran dalam laman tersebut. Selamat mencuba!



Inilah hasil dari murid-murid prasekolah permata hati. Tahniah semua..


Jumaat, 7 September 2012

Parts of Plant Worksheet

Salam 1 Malaysia,

             Di sini saya ingin berkongsi lembaran kerja yang bertemakan bunga. Lembaran ini saya dapat dari sebuah laman web http://homeschoolcreations.com . Jika dilihat dalam laman web tersebut banyak lembaran yang berkaitan dengan tema tumbuh-tumbuhan dalam Bahasa Inggeris. Boleh download free setiap part 1 sampai bonus pack. Di bawah adalah sebahagian lembaran kerja yang terdapat dalam part 2 dalam bentuk pdf.


               Saya gunakan lembaran ini dengan membuat aktiviti tampalan. Murid menggunting setiap perkataan dan gambar pokok bunga dan kemudian mencantum semula dan di tampal pada kertas warna supaya kelihatan menarik dan kemas. Dan hasilnya seperti gambar di bawah:


               Ini adalah hasil yang terbaik, saya rasa cikgu mungkin ada banyak lagi idea yang lebih baik dan hebat dari saya. Maaf sekiranya ada kekurangan. Saya cuma berkongsi..apa yang baik cikgu-cikgu boleh ambil idea ini dan tambah baik lagi. Terima kasih..




Selasa, 29 Mei 2012

Lembaran Latihan Bahasa Inggeris

Salam 1 Malaysia,

Ni ada satu aktiviti untuk murid dalam Bahasa Inggeris, saya download latihan ini untuk dijadikan buku. Ini latihan untuk perkataan yang bermula dengan huruf konsonan.






untuk lebih banyak lagi kawan-kawan boleh layari di www.kidzone.ws . ada semua huruf konsonan..