CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label Raye Raye.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raye Raye.... Papar semua catatan

Khamis, 17 Julai 2014

Lembaran Tema Hari Raya

Assalamualaikum wbt,


       Alhamdulillah, bertemu kita kembali pagi ini..Oh ya, pada pagi ini, saya ingin berkongsi lembaran kerja yang saya hasilkan sendiri pada tahun lepas. Hihi..tulisan tangan je..gambar pada lembaran pun saya lukis sendiri. Sebelum saya masukkan gambar dalam entri ini, saya nak mohon maaf sebab lembaran ini saya snap melalui hp saya..so tak berapa clearlah..almaklumlah scanner di sini problem sikit. Tapi saya yakin rakan-rakan guru tentu ada banyak lembaran yang berkaitan dengan tema perayaan iaitu Hari Raya. 






Hihi...inilah hasil tangan saya sendiri. Lembaran ini sekadar perkongsian. Mungkin cikgu-cikgu boleh buat yang lebih baik dan kreatif dari saya. Sekian terima kasih.


Sabtu, 18 Ogos 2012

Hadiah @ Goodies to My Sweet Childrens

Salam 1 Malaysia,

             Sempena hendak menyambut lebaran..murid-murid diberi cenderahati @ goodies. Goodies itu disediakan adalah kerana sepanjang bulan Ramadhan murid-murid tidak diberi makan.. kerana mereka diajar untuk menghormati bulan Ramadhan. Alhamdulillah sepanjang mereka berpuasa tiada sebarang masalah yang timbul, masing-masing boleh memberi komitmen dan tanggungjawab dalam berpuasa walaupun ada dikalangan mereka yang berpuasa hanya sekerat hari..tapi takpe itu sebagai latihan untuk mereka belajar berpuasa..Goodies ini sebagai inisiatif guru untuk menghargai dan hadiah kepada murid yang telah berjaya berpuasa. Goodies itu telah disampaikan oleh Guru Besar iaitu Pn. Hajah Norma Ahmad dan Ustazah mereka iaitu Pn. Noor Hafizah Md. Razi..












Cerianya mereka bila mendapat goodies tu..Selamat Bercuti dan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kamu semua berhati-hati dan come back to school after Eid in one piece ok...


Rabu, 28 September 2011

Jamuan Raya Peringkat Sekolah

Salam 1 Malaysia,

               Hari ni last syawal...minggu lepas sekolah ada buat jamuan hari raya peringkat sekolah..baru ni ada masa nk update blog pasal jamuan raya minggu lepas..hihihi...Almaklumlah sibuk dengan sukan pada minggu ni..nak2 cikgu pra kena buat buku program..kena setelkan yang buku program baru ada masa nk update blog..Bila dh update sampai kul 4 pg baru nk tido hehehhe..ilang ngantuk bila tengok blog kawan2 yang comel cute mute tu..=))..

               Ni gambar-aktiviti sepanjang jamuan hari raya yang telah pun berlangsung pada hari Jumaat iaitu 23 September 2011...Semua AJK guru dan AJK PIBG pun turut memeriahkan majlis tersebut. Menu nyer pun macam-macam ada..semua menu makanan  murid dan makanan guru ini disumbangkan ikhlas oleh semua guru termasuk staf sekolah..( masak sendiri & ada yang tempah..)


Guru Besar dan YDP PIBG ( Sjn Shahriman B. Yusof )


Golak bosa GPK 1, Timbalan  ( Kpl. Ma'mun B. Bakar ) & YDP PIBG


Sabar menanti anak didik ku..senyum bersama mama


Menjamu selera...nyum nyum...


Juruacara majlis oleh  GPK 1


Ucapan raya dari guru besar Pn. Hjh. Norma Ahmad


Sebelum makan pose dulu ekk..hihihi


 mama with cik shima pembantu sekolah

Saat menjamu juadah hari raya yang menyelerakan...

Khusyuk makan tu cikgu...


3 mak dara...pingitan..


Menu2 yang disediakan oleh semua hasil air tangan guru dan staf sokongan...


Laksam yang sedap Mek Ti..( kerani sekolah )

Alhamdulillah akhirnya selamat dan selesailah sudah jamuan hari raya ni..pada pukul 11.30pg..semuanya seronok menikmati hidangan yang telah tersedia..InsyaAllah tahun depan buat lagi majlis seperti ini..


Selasa, 13 September 2011

Merdeka Raya

Salam 1 Malaysia,

Aktiviti mewarna gambar tema merdeka ( ambil gambar dari cikgu Dayat Shahid ~ terima kasih cikgu ). Masa ni murid dah dipesan ada pertandingan mewarna..jadi semangat mereka membawa peralatan untuk mewarna. Pertandingan ni diadakan di dalam kelas prasekolah je..tapi apa-apapun yang penting semua murid seronok..
Dalam pertandingan hasil kerja murid ini  dinilai oleh juri dari sekolah ni iaitu En. Mohd Norsani Mahat merupakan GPK HEM. Cikgu ni kira pandai dalam seni visual terutama dalam membuat mural yang kreatif. Prasekolah ni pun banyak meminta bantuan dari membuat mural dari beliau..( sempat lagi promote )..
Ni lah hasil murid yang berjaya mendapat tempat pertama ( Ahmad Sadiqin Zainal Mokhtar )




Dalam pada itu juga, mereka turut di ajar membuat kad raya berbentuk ketupat dan pelita..semua hasil mereka buat saya pamerkan pada pusat kreativiti murid..meriahlah papan pada pusat tu penuh dengan hasil kerja mereka..yang seronoknya bila hasil kerja mereka dipamerkan semua murid berkata "wah cantiknya..!" ermmm hehe senyum je cikgunya dengar...=))



cantik..cantik..hasilnya memang memuaskan...kad raya ketupat dan pelita =))

Hamper Raya

Salam 1 Malaysia,

Sebelum murid cuti sekolah untuk menyambut hari raya..murid diberi hamper raya..al-maklumlah sepanjang bulan mereka berpuasa di bulan ramadhan..mama tak masak, jadi wang peruntukan makan mereka pada bulan itu digunakan untuk membeli makanan berkhasiat dan dibungkuskan..


Mereka semua begitu gembira tatkala diberi hamper tersebut..jadi sempatlah kami mengambil gambar..ermm tengok tu semua ceria termasuk cikgunya sekali + mama pun sama..=)













Semua murid dapat hamper hadiah ni kecuali anak muridku seorang yang tidak hadir..hamper tu bg kemudian..Selamat Hari Raya Aidilfitri Istimewa buat murid-muridku dan keluarga Maaf Zahir & Batin..