Dah pagi tapi mata tak mengantuk pula, hati terusik dan bersemangat rasanya bila melihat beberapa orang rakan guru prasekolah buat jadual waktu prasekolah yang cantik. Teringin juga nak menghasilkan jadual pra yang cantik sepertimana mereka hasilkan. Tapi saya buat setakat mana yang mampu. Jadual yang saya hasilkan ini tidaklah menarik dan secantik jadual waktu prasekolah rakan-rakan guru lain buat. Jadual yang saya hasilkan sekadar contoh, rakan-rakan boleh hasilkan yang lebih menarik lagi. Cubalah...
Rakan-rakan yang ingin melihat contoh jadual yang saya hasilkan bolehlah klik pada pautan ini. Rakan guru boleh juga download sebagai panduan.
Oklah sekian sahaja untuk pagi..Selamat Mencuba..Terima Kasih


