CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label Gambar untuk Bahan Bantu Mengajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gambar untuk Bahan Bantu Mengajar. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Mei 2015

Ikan Oh Ikan Kenapa Kau Comel??

Assalamualaikum wbt & Selamat Malam,

      Hai..bertemu kembali...ada gambar menarik yang saya teruja nak kongsikan bersama rakan-rakan. Boleh dijadikan sebagai BBM atau perhiasan di kelas prasekolah ataupun bilik darjah. Comel sangat-sangat.

      Seperti biasa dan selalunya, imej ni saya google di TeacherPayTeacher secara percuma. Kredit kepada Krista-Wallden yang share bahan ini secara percuma di TPT. Ini adalah sebahagian daripada imej yang terdapat dalam fail tersebut. Rakan-rakan boleh layari terus laman tersebut, dan daftar secara percuma. Cubalah ye..



comel tak ikan-ikan di atas...anda boleh klik pada imej dan save as dalam lappy anda @ nak lebih banyak yang menarik dari Krista Wallden klik pada link di atas dalam entri yang saya masukkan ini. Selamat malam...

Pensel

Assalamualaikum wbt,


      Hai.. kawan-kawan ada lagi bahan yang ingin saya kongsikan pada rakan-rakan. Comel sungguh pensel yang saya jumpa dalam laman web...https://www.teacherspayteachers.com/Store/Krista-Wallden.
Saya letak sebahagian image yang ada dalam laman blog tersebut. Boleh share pada rakan-rakan lain. 



Rakan-rakan boleh klik pada link untuk image yang seterusnya nanti..sekian dulu..sekian terima kasih




Ahad, 17 Mei 2015

Labu Labu....

Assalamualaikum....



         Ada lagi bahan menarik ingin saya kongsikan bersama dengan rakan guru semua..tapi sebelum itu seperti kebiasaanlah saya akan kongsikan laman blog yang saya download bahannya   di http://www.teacherspayteachers.com/Store/Krista-Wallden. jika berminat sila ke link yang saya share di entri..untuk lebih banyak lagi clip art yang percuma dan menarik..
                               Saya kongsikan sebahagian sahaja clip art di entri ini, 




Sekian selamat malam (^___^)



Aiskrim Cute!!

Assalamualaikum wbt & Selamat Malam,



         Alhamulillah...rasa lapang hari ini, sudah lama saya tidak muncul dalam blog ni..Sibuk awal tahun dengan program sekolah dan assignment. Malam ini baru ada kelapangan nak jenguk-jenguk blog prasekolah ni. 

        Malam ini saya ingin kongsikan bahan yang saya sempat google malam tadi..aiskrim yang sangat cute dan comel. Mana guru-guru yang kreatif dan ada kesempatan nak buat BBM sila-silakan ambil bahan ini sebagai bahan pengajaran di prasekolah atau bilik darjah. Oh...sebelum terlupa bahan ini saya download dalam http://www.amazingclassroom.com/. Anda boleh layari terus untuk bahan yang lebih menarik secara percuma. 
     
            Saya akan kongsikan sebahagian gambar / image yang ada dalam link tersebut;




             Betul tak kata saya..comel sangat-sangat kan?!!..Mana yang terus berkenan boleh klik dan save image. Kredit pada laman tersebut..sebab kongsikan bahan yang comel-comel macam ni (^_^)
Sekian, terima kasih...


Ahad, 18 Januari 2015

Emotion Craft

Assalamualaikum wbt,


      Hai semua, selamat malam. Straight to the point, sebelum saya melelapkan mata, di sini saya ingin berkongsi bahan kraft menarik dari sebuah laman blog yang mengongsikan kraf mengenai emosi. Lamannya anda boleh klik di sini  http://skizzenblog.clausast.de/2010/03/the-incredible-moodbear.html. Rakan guru boleh menggunakan kraft ini sebagai set induksi sebelum memulakan PdP. 
   
        
Klik SINI
      Ok, rakan guru boleh klik pada link bawah gambar dan ia terus kepada  laman blog tersebut. Setelah itu, rakan guru boleh klik pada image yang tersedia untuk di download dan save dalam lappy atau komputer.  Selamat melayari dan selamat mencuba. 

Sekian, terima kasih dan selamat malam..






Sabtu, 20 September 2014

Occupations

Assalamualaikum wbt,

             Alhamdullillah, malam ini nak share gambar berkaitan dengan pekerjaan. Gambar ini saya google dalam laman blog http://rosario88.blogspot.com/.
Semua gambar di dalam laman blog tersebut sangat comel. Anda boleh layari terus pada link yang saya share dalam entri.

             Ok, sini saya letakkan sebahagian gambar yang telahpun saya download pada laman blog tersebut.

Teacher / Guru

Policeman / Polis

Fireman / Ahli Bomba

Doctor / Doktor

              Jangan lupa kawan-kawan..layari laman tersebut. Insha Allah banyak manfaat yang boleh dibuat pada gambar ini. Selamat google!!!.. Sekian Terima Kasih.

Selasa, 9 September 2014

Striped Star

Assalamualaikum wbt,



      Ingin kongsi bahan menarik yang saya temui dalam laman Teachers Pay Teachers...di link http://www.teacherspayteachers.com/Store/Krista-Wallden . 

Jadi  di sini saya ingin kongsikan sebahagian bahan yang telah sempat download secara percuma. Sekiranya rakan-rakan berminat, seperti biasa, klik pada image dan save as pada lappy atau komputer anda.





Menarik tak?..Boleh dijadikan sebagai hiasan kelas atau bahan bantu mengajar di dalam PdP..

Sekian, Terima kasih..


Khamis, 21 Ogos 2014

Apple Lagi!

Assalamualaikum wbt,

      Alhamdulillah hari ini ambil sedikit masa untuk kongsi satu lagi bahan bantu yang menarik yang boleh rakan-rakan guru gunakan untuk menceriakan prasekolah. Bahan ini saya dapat dalam laman Teachers Pay Teachers secara percuma yang telah dibuat oleh KRISTA WALLDEN & THE HAZEL OWL. BBM yang direka sangat menarik dan cantik-cantik. Sekiranya rakan-rakan berminat bolehlah klik pada link di bawah. ataupun sebahagian image yang sedia saya masukkan dalam entri ini. Sekiranya nak dapat keseluruhan image yang ada, perlulah klik pada link yang telah letak pada entri ini.  Harap-harap cikgu-cikgu suka. 



        Antara image yang dapat saya kongsikan :



Ini image buah epal yang direka oleh The Hazel Owl.. Jangan lupa layari link yang telah kongsikan pada rakan-rakan. Selamat eksplore bahan menarik ini..Sekian Terima Kasih..





Selasa, 15 Julai 2014

Cupcakes Comel

Assalamualaikum wbt,


     Selamat malam teman-teman (^_^)..ada bahan menarik yang saya nak kongsi pada rakan guru pada malam ini. Saya harap kamu semua suka dengan bahan ini. Saya teruja bila dapat image cupcakes yang comel ni. Bahan ini bolehlah anda ubahsuai jadi bahan bantu mengajar atau bahan untuk menceriakan kelas, bahagian dapur, dewan makan prasekolah anda. Sepertimana yang sebelum ini, bahan ini saya dapat dari Teachers Pay Teachers secara percuma..




Jika berminat klik pada image dan save dalam lappy anda. Rasanya setakat ini dahulu yang saya dapat kongsikan pada rakan semua. Nanti jika ada bahan baru..insha Allah saya akan masukkan dalam entri baru dalam blog ini. Before that, nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sudi download bahan di dalam lama blog ini. Jangan lupa share pada rakan-rakan lain ye...Oklah, Selamat berkreativiti rakan-rakan...



Isnin, 7 Julai 2014

Frames Yang Comel

Assalamualaikum wbt,


      Oops....nampaknya ada lagi bahan yang ingin saya kongsikan pada rakan-rakan semua. Bahan ini saya download pada laman TPT. Bahan ini boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar bagi guru-guru yang rajin dan kreatif. Bahan yang download ini biasanya dalam zip file..so, bagi memudahkan guru saya telah extract file ni..jadi senang bagi rakan-rakan guru untuk klik pada image dan save terus dalam komputer atau lappy. Bagaimana rakan-rakan comel tak frames ni?!!. 










Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mendownload lebih banyak lagi bahan percuma daripada Teachers Pay Teachers bolehlah layarinya. Jangan lupa join TPT. Harap-harap rakan guru sudi mendownload bahan ini. Jangan lupa share pada rakan-rakan lain. Sekian terima kasih.